Info Sharing, My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Cerita Lama: Majlis Aqiqah Ilham Syahmi

Tajuk pun dah tahu kan ni cerita lama. Ilham pun sekarang dah 6 bulan dah. Majlis aqiqah ni kami buat masa Ilham berusia 2 bulan saing sekali dengan majlis pertunangan adik saya Ayu aka Mama Cu Ilham. Alhamdulillah majlis berjalan lancar sepertimana yang dirancang.

Ok, sedikit info mengenai Aqiqah.. enjoy reading 🙂

Sumber: Wikipedia

‘Aqiqah (Arab: عقيقه‎) ialah penyembelihanhaiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:

“Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham”.

Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. Manakala bagi anak perempuan satu ekor. Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor”.

Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukup rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak.

Sumber: http://tayibah.com/eIslam/aqiqah.htm

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:

(a)   Berniat aqiqah ketika menyembelih.

(b)  Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

(c)   Memenuhi syarat-syarat sembelihan.

(d) Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut

(e)  Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa
sebelum anak tersebut baligh

(f)   Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang

         Umur
Biri-biri/ 1 tahun atau lebih
Kambing 2 tahun atau lebih
Lembu/kerbau 2 tahun atau lebih
Unta 5 tahun atau lebih

 

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

 (a)          Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.

(b)           Menyembelih ketika matahani sedang naik (pagi).

(c)           Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.

(d)           Memberi nama yang baik kepada bayi

(e)           Berdoa ketika hendak menyembelih.

(f)            Daging dimasak manis.

(g)           Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.

(h)           Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri dengan menjemput
seluruh penduuduk kampung

 

   Hikmah Aqiqah

1      Tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat.
2     Menggalakkan amalan sedekah.
3     Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
4     Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
5     Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
6     Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaiakan.

 

Ok, jom layan gambar2 yang terperam dalam draft ni.. selimnya ummi Ilham masa baru habis pantang kan. Sekarang je dah tak boleh tengok lama2 hahaha pitamsssssss..

287132_279624392065830_100000548156241_1082936_1460892700_o

us.. 🙂

293339_279700792058190_100000548156241_1083404_1534688626_n

baju melayu ni Mommy Ngah yang beriya belikan sebab nak sedondon anak beranak time Hari Raya Aidilfitri 2011 🙂

 

296728_279627018732234_100000548156241_1083005_1908923386_n

Mummy DaSy in action 🙂

296728_279627022065567_100000548156241_1083006_1141129973_n

Baby Syahmina.. Syahmina vs Syahmi ehhh 😉

 

296728_279627025398900_100000548156241_1083007_892860704_n

Abang Aisy yang hensem 🙂

309823_279628878732048_100000548156241_1083014_1702913109_n

My beloved mother in law with Atam & Uda 🙂

 

318965_279624398732496_100000548156241_1082937_1476880952_n

My hero beso and hero kechik 🙂

 

318965_279624402065829_100000548156241_1082938_1329102517_n

Most of the time tidur je kerjanya masa  ni.. good boy! 🙂

318965_279624408732495_100000548156241_1082939_1284285372_n

318965_279624412065828_100000548156241_1082940_1467984005_n

Ilham with Nek Anjang 🙂

338286_279628868732049_100000548156241_1083011_1931118390_o

Auntie Azie & Uncle Elly with their hero.. Abang Ayap 🙂

 

303285_286422581386011_100000548156241_1111366_1108667654_n

My heart & soul.. my beloved family.. & future brother in law.. Welcome to the family Adik! 🙂

Lepas je majlis, ummi adalah demam hahaha. Maybe penat sangat mengendung Ilham ke hulu ke hilir sampai petang kan. Nasib baiklah demam biasa2 je sehari terus kebah sebab ummi laju2 makan vitamin C dan ke klinik takut si kecik berjangkit lagi teruk hehehe. Oklah, nanti ada satu lagi cerita lama.. tunggu je la bila ummi Ilham ni rajin tahap dewa..ekeke~

Share this nice post:
Tagged

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *