Pregnancy Info, Pregnancy Journey, Products Review

Jom Try Bioselusuh Keluaran Biodex :)

Dah lama plan nak beli Bioselusuh ni, hari Selasa lepas check up kat KKGP barulah sempat menyinggah ke stokis Biodex kat Taman Nusa Perintis II tu. Semput juga nak memanjat tangga naik ke atas hehehe. Sebelum beli saya dah google2 fungsi dan kegunaan minyak ni.  Bioselusuh ni produk berasaskan minyak kelapa yang dicampur dengan herba-herba terpilih khusus untuk ibu hamil. Saya hanya berusaha, semoga dipermudahkan bersalin nanti. Selebihnya saya hanya mampu berdoa dan bertawakkal pada Allah. Harap2 Bioselusuh ni sedikit sebanyak dapat membantu nanti Insya’Allah 🙂 Saya belum start guna lagi. Nanti kalau dah start guna dan ada apa2 perubahan saya share.

Jom baca info pasal Bioselusuh.

[Credit Info: Biodex]


Produk berasaskan minyak kelapa yang dicampur dengan herba-herba terpilih khusus untuk ibu hamil.

Kandungan

Minyak Kelapa Dara, Minyak Habbatus Sauda dan Herba Terpilih.

Panduan

Hanya untuk ibu yang hamil tujuh (7) bulan ke atas.

 

Sapuan

Sapukan minyak Bioselusuh di bahagian perut, pinggang, pinggul hingga ke kaki setiap hari sehingga bersalin.

Boleh digunakan bersama Body Whitening Lotion dan Bio Spa Lotion.

 

Minuman

Hamil 36 minggu: Minum 1 sudu besar pada waktu malam.

Hamil 37-38 minggu: Minum 1-2 sudu besar pada waktu pagi dan malam.

Kekerapan dan pertambahan dos lebih digalakkan di hari-hari terakhir menanti hari bersalin.

Boleh dicampurkan ke dalam  Supreme Diet untuk bagi menyedapkan rasa dan menambah tenaga, selain membekalkan mineral, zat, vitamin dan enzim yang diperlukan oleh badan.

 

Perhatian

Produk ini hanya boleh digunakan apabila kandungan berusia lebih tujuh (7) bulan sahaja.

Sertakan niat yang baik dan berdoa supaya dipermudahkan bersalin setiap kali menggunakan Bioselusuh.

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *