Aktiviti Cuti Sekolah – 3 Hari 2 Malam di Pagoh, Muar & Batu Pahat

Aktiviti Cuti Sekolah – 3 Hari 2 Malam di Pagoh, Muar & Batu Pahat | Cuti sekolah kali ni kami ambil peluang untuk buat short trip santai-santai bersama keluarga. Tujuan paling utama adalah mengikut Babah yang ada program di UTHM Pagoh. Tak ada itinerary yang terlalu padat pun, lebih kepada jalan-jalan, makan, singgah rumah saudara dan luangkan masa bersama keluarga.

Destinasi kami kali ini melibatkan beberapa lokasi sekitar Johor iaitu Pagoh, Muar, Batu Pahat dan Senggarang. Walaupun cuma 3 hari 2 malam, boleh tahan juga penatnya bila dengan Tiga Abdul ni.

Jom Ummi kongsikan itinerary ringkas 3 Hari 2 Malam di Pagoh, Muar & Batu Pahat. Ikut plan asal ada tempat-tempat menarik yang kami nak pergi, tapi Ummi cancel hehehe. Maybe next time la eh.

Itinerary Day 1:

Tiba di Pagoh, Muar
Check-in Pagoh Town Homestay 2
Rehat & solat
Dinner di Laman J, Pagoh
Balik homestay & tidur

Day 1 – Tiba di Pagoh, Muar

Hari pertama, kami bertolak menuju ke Pagoh, Muar dalam jam 3pm. Ummi kerja half day, Syamil dan Syahid ponteng sekolah agama hehehe. Keluar je dari tol Senai boleh tahan jem, almaklumlah long weekend cuti merdeka. Sampai tol Pagoh dalam jam 6 lebih dan kami terus ke Taman Sri Pagoh untuk check-in di homestay.

Check-in Pagoh Town Homestay 2

Kami menginap di Pagoh Town Homestay 2. Sampai sahaja, kami check-in dan ambil masa untuk berehat sekejap. Maklumlah, kalau travel dengan anak-anak ni, rehat tu memang penting. Emosi Ummi Babah kena stabil hahaha. Lepas check-in, kami berehat dan solat sebelum keluar untuk makan malam selepas maghrib.

Homestay ni ok, kemas, bersih. Ada tiga bilik dengan kelengkapan dapur, TV, peti sejuk, induction cooker, water filter, aircond dan sebagainya. Suasana taman yang aman damai jauh dari hiruk pikuk.

PAGOH TOWN HOMESTAY 2

Alamat: No. 333, Jalan Sri Pagoh 16, Taman Sri Pagoh, Pagoh, 84600 Muar, Johor Darul Ta’zim.

Contact No.: 012-635 1861

Ummi dah siap contact Aunty Ita, Kak Long Kawasan Pagoh kebetulan dia tak jadi bernagkat ke Kuching, Sarawak. Ummi minta dia suggest port makan best dan ajak dia sekaki join dinner.

Dinner di Laman J, Pagoh

Aunty Ita suggest Laman J sebagai port dinner dan lepak santai kami di Pagoh. Kebetulan dekat je dari homestay kami. Macam-macam ada western food, makanan goreng², mee bandung, pasta, dessert dan macam² lagi. Kami order Mee Bandung Udang Galah, Mee Bandung Udang, Spaghetti Beef Carbonara Crispy Chicken Chop & Kuey Tiaw Goreng. Alhamdulillah semua sedap! Boleh repeat lagi kalau ke sini.

LAMAN J PAGOH

Alamat: 5413, Jalan Sri Gelam, Pagoh, 84600 Muar, Johor.
Waktu Perniagaan: Rabu – Isnin 5.30pm – 11.30pm
Selasa – Tutup
Contact No: 014-2310096

Lepas makan, borak-borak kami pun balik semula ke homestay. Aunty Ita balik la ke rumah dia, esok pagi dia nak balik KL. Tapi Ummi sempat juga plan nak breakfast sama-sama.


Itinerary Day 2:

Check-out Pagoh Town Homestay 2
Hantar Babah ke Pusat Konvensyen UTHM Pagoh
Breakfast Yay For Today, Paya Redan
Parit Perupok – rumah Paklong
Kembali ke Pagoh
Pick-up Babah di UTHM Pagoh
Bertolak ke Batu Pahat
Early dinner Nippon Sushi, Old Street
Singgah rumah Abang Ngah, Taman Evergreen
Bermalam di Kampung Parit Jabar, Senggarang

Day 2 – Pagoh, Parit Perupok & Batu Pahat

Hari kedua merupakan hari yang paling banyak bergerak. Pagi-pagi lagi kami dah check-out dari homestay. Memang pilihan Babah adalah homestay yang murah dan selesa, sebab kami duduk sekejap je.

Check-out Pagoh Town Homestay 2

Selesai mengemas barang dan check-out, kami hantar Babah ke Pusat Konvensyen UTHM Pagoh. Program Babah bermuka jam 9am dan tamat jam lebih kurang 3pm. Jadi Ummi kena cari aktiviti untuk hero-hero ni. Lepas urusan Babah selesai, kami teruskan pula misi mencari sarapan.

Breakfast di Yay For Today, Paya Redan

Kami singgah sarapan di Yay For Today, Paya Redan, Pagoh. Ini pun suggestion Aunty Ita, tapi memang dah ada dalam list Ummi juga.

Satu lagi port makan yang sedap dan berbaloi kami terjah. Dekorasi restorannya cantik dan mendamaikan dengan pepokok menghijau, bau wangi je. Makanannya pula sedap-sedap belaka.

Kami makan Lontong Telur, Lontong Kering Daging, Lontong Kering Paru Berlado, Lempeng & Nasi Ayam Gepuk. Air pulak Ice Cafe Latte, Matcha Latte & Sparkling Mango. Banyak pilihan makanan lain Lemak Salai, Asam Pedas, Engliah Breakfast, Nasi Lemak dan banyak lagi. Next time sampai sini lagi boleh try.

YAY FOR TODAY

Alamat: Lot 258, Jalan Pagoh – Bukit Kepong, Paya Redan, Pagoh, 84600 Muar, Johor.
Waktu Perniagaan: Khamis – Selasa 8.00am – 4.00pm
Rabu – Tutup
Contact No: 013-309 8489

Perut dah kenyang, barulah perjalanan boleh diteruskan dengan lebih tenang. Nak kemana seterusnya ni pun jenuh juga Ummi baling dadu. Sama ada nak ke Muar rumah Pak Long atau ke Galeri Darurat Bukit Kepong. Sudahnya marilah ke rumah Pak Long, dah alang-alang sampai Muar. Family first hehehe.

Bertolak ke Parit Perupok

Dari Pagoh, kami bergerak pula ke rumah Paklong di Jalan Abdul Rahman, Parit Perupok. Dah bagitahu cousin Ummi sesiap, yang kami nak ke sana. Siap tapau Zus Coffee hahaha. Sampai Muar dalam jam 12pm. Cousin Ummi, Mai siap tapaukan kami Mee Bandung & Mee Goreng Kedai Makan Abang Sayang. Sedap rupanya. Kata Mai kedai ni boleh tahan viral kat Muar. Next time kita boleh terjah.

Lepas lepak-lepak, makan, borak luangkan sedikit masa bersama mereka kami terus bersiap-siap. Kami perlu patah balik semula ke Pagoh untuk ambil Babah semula di UTHM.

Pick-up Babah di UTHM Pagoh

Selesai urusan di Parit Perupok, kami kembali semula ke Pagoh untuk mengambil Babah di Pusat Konvensyen UTHM Pagoh. Program Babah selesai setengah jam lebih awal. Kami sampai UTHM lebih kursng 3.03pm. Dari Pagoh, perjalanan kami diteruskan pula menuju ke Batu Pahat.Samnil jalan tu sambil fikir mana tempat nak singgah jalan-jalan atau makan-makan.

Singgah Solat di Masjid Haji Muhammad Yasin Bandar Universiti Pagoh

Syahid request nak singgah ke Masjid Haji Muhammad Yassin. Tapi hujung-hujung Babah je yang solat kat sini sebab kami dah settled kat rumah Pak Long.

Early Dinner di Nippon Sushi, Old Street Batu Pahat

Sampai Batu Pahat, kami singgah makan early dinner di Nippon Sushi, Old Street Batu Pahat. Saja makan awal sedikit sebelum meneruskan perjalanan ke Senggarang. Dah kenyang semua senang, balik terus rehat.

Singgah Rumah Abang Ngah

Selepas makan, kami singgah pula ke rumah Abang Ngah (abang kedua Babah) di Taman Evergreen, Batu Pahat.

Sempatlah berjumpa dan bersembang sekejap. Singgah ambil barang kiriman Abang Ngah ke kampung. Sempat juga Kak Wati hidangkan kami dengan kudapan petang. Oleh kerana dah kekenyangan, Ummi mampu jamah sikit je. Lepas tu kami meneruskan perjalanan terakhir untuk hari tersebut.

Bermalam di Kampung Parit Jabar, Senggarang

Dari Batu Pahat, kami bergerak ke Kampung Parit Jabar, Senggarang, kampung Babah. Memang hari kedua ni agak panjang perjalanannya — Pagoh, Parit Perupok, patah balik Pagoh, Batu Pahat dan akhirnya Senggarang. Penat tapi enjoy. Dah tak larat nak dinner sebab dah kekenyangan.

Kami anak beranak pun tidur awal. Tapi sebelum tu, sempat jugalah layan Syahid mencerap bulan dari veranda rumah Atok Tipah. Ummi layankan budak kecil tu sampai dia sendiri surrender mengantuk. Lepas tu masuk rumah dia tak tunggu lama eh, tahu-tahu dah berdengkur. Tambah lagi syok tidur sebab subuh hujan lebat hehehe. Alhamdulillah, hujan turun sejuk sikit bumi.

Day 3 – Majlis Perkahwinan & Balik Gelang Patah

Hari terakhir, kami bangun seawal pagi dan bersarapan di rumah. Babah tapau lontong dan nasi lemak di Pekan Senggarang. Ummi makas nak masak sarapan ekekeke.

Tak ada itinerary jalan-jalan yang khusus untuk hari ketiga sebab tujuan utama hari ni adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara.

Ke Majlis Perkahwinan Saudara

Selesai bersiap, kami bergerak ke majlis perkahwinan saudara sebelah Babah. Tak boleh lewat-lewat datang sebab dah nak gerak balik Gelang Patah. Babah nak masuk kerja shift malam.

Dia sorang yang ssnggup layan permintaan Ummi di te gah-tengah panas berdenting.

Home Sweet Home!

Selesai menghadirkan diri ke majlis perkahwinan ni, kami terus bersiap untuk perjalanan pulang ke Gelang Patah. Maka berakhirlah short trip kami selama 3 Hari 2 Malam di Pagoh, Muar & Batu Pahat.

Berakhir Sudah Episod 3 Hari 2 Malam

Itulah serba sedikit cerita Aktiviti Cuti Sekolah 3 Hari 2 Malam di Pagoh, Muar & Batu Pahat versi keluarga kami.

Walaupun bukan percutian yang penuh dengan tempat-tempat pelancongan, trip kali ni tetap bermakna. Ada masa untuk berehat, makan-makan, berjumpa saudara dan paling penting dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Till then, sambung next post!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *