Dinner di Laman J Pagoh, Muar – Port Makan Malam Best & Sedap | Kesinambungan cerita kami 3 hari 2 malam di Pagoh, Muar & Batu Pahat.. Kalau korang tengah cari port makan malam di Pagoh, Muar, bolehlah masukkan Laman J Pagoh dalam senarai tempat makan yang korang mesti cuba. Kali ni Ummi singgah untuk dinner santai bersama keluarga dan BFF Ummi Aunty Ita, exPTP yang kini lecturer tersohor di UTHM Pagoh. Aunty Ita la yang menguatkan lagi rasa nak mencuba menu di Laman J ni. Kebetulan jarak dari homestay kami memang dekat.

Alhamdulillah memang rezeki nak jumpa, sebab kalau ikutkan Aunty Ita kata dia kena terbang ke Kuching, Sarawak tapi malangnya semua cancel. Ummi pun apa lagi ajak la dinner sama-sama. Kiranya early Aunty Ita’s birthday celebration la hek.
Jom Ummi kongsikan pengalaman dinner di Laman J Pagoh, Muar dan apa yang kami makan malam tu. Mana tahu boleh jadi idea untuk korang yang tengah mencari tempat makan best di sekitar Pagoh.
Makanan Sedap Dengan Harga Berpatutan
Macam-macam ada kat sini dari western food, makanan goreng², mee bandung, pasta, dessert dan macam² lagi. Alhamdulillah makanan semua sedap-sedap belaka. Portionnya pun boleh tahan banyak.berbaloilah dengan harganya tu. Port makan pertama dan luluskan ujian tekak kami hehehe.

Antara air yang diorder, Matcha Latte, Blue Lemon Soda, Hot Latte, Iced Spanish Latte dan Ais Kosong.

Ummi dan Abang Ilham order Mee Bandung Udang Galah. Datang Muar mestilah pekena mee bandung kan hehehe. OK sedap! Kuahnya pekat cukup rasa. Tak rugi Ummi order hehehe.

Babah dan Syamil makan Mee Bandung Udang, pun sama sedap. Udang segar dan besar.

Mula-mula Syahid nak Beef Nachos, lepas tu tukar jadi Chicken Chop lebih mengenyangkan.Besar betul isi ayamnya.

Aunty Ita makan Kuey Tiaw Goreng. Ni pun banyak.

Sepatutnya ni menu pertama yag Abang Ilham order. Bila dia tengok Ummi order Mee Bandung Udang Galah dia dah tak keruan, dia suruh tukar dan order yang sama. Tup-tup Spaghetti Carbonara ni sampai gak, Ummi lupa nak cancel dalam order chit. Maka silalah makan dan habiskan ya Abang Ilham. Tapi dia ni tak ada masalah pun nak habiskan makanan. Nasi Ayam Gepuk Top Global pun dia boleh bedal 3 pinggan. Apa ada hal hahaha.
Overall, makan semua sedap!
Dinner di Laman J Pagoh, Muar – Port Makan Malam Best & Sedap
Suasana Yang Santai & Estetik



Suasana santai sesuai untuk tempat orang makan dan melepak santai dengan keluar dan kawan-kawan. Makan sambil merenung bulan purnama yang cantik sangat. Kebetulan esoknya pun hari Sabtu kan, long weekend orang makin malam makin rama datang menjamu selera di sini. Semuanya enjoy the good ambience. Ummi recommend korang cuba kat sini!
Lepas makan, kami pun balik homestay dan Aunty Ita balik rumah. Singgah Speedmart kejap beli biskut budak cenonit tu dan balik berehat esok nak checkout pepagi hari.
Lokasi Laman J Pagoh, Muar
LAMAN J PAGOH
Alamat: 5413, Jalan Sri Gelam, Pagoh, 84600 Muar, Johor.
Waktu Perniagaan:
Rabu – Isnin 5.30pm – 11.30pm
Selasa – Tutup
Contact No: 014-2310096
@herneenazir Port lepak santai di Pagoh. Macam-macam ada western food, makanan goreng², mee bandung, pasta, dessert dan macam² lagi. Kami order Mee Bandung Udang Galah, Mee Bandung Udang, Spaghetti Beef Carbonara Crispy Chicken Chop & Kuey Tiaw Goreng. Alhamdulillah semua sedap! Boleh repeat lagi kalau ke sini. LAMAN J PAGOH 📍5413, Jalan Sri Gelam, Pagoh, 84600 Muar, Johor. ⏰ Rabu – Isnin 5.30pm – 11.30pm Selasa – Tutup Contact No: 014-2310096 #LamanJPagoh #fyp #westernfood #localfood #makanjohor ♬ original sound – Hernee Nazir
![]()