Review OTR Ice Americano CBTL – Kopi Viral Wajib Cuba | Yeay! Done FOMO, layan Gen-Z hahaha. Ni semua Ecah punya pasal, lepas ajak dia JJCM ke My Sopoong yang baru buka kat Paradigm Mall JB, dia pancing Ummi cuba air kopi viral OTR Ice Americano The Coffee Bean & tea Leaf. Dia pulak try OTR Double Chocolate.

Kopi Viral CBTL di TikTok, Instagram & Threads
Kalau korang peminat kopi dan aktif di TikTok atau Instagram, mesti pernah nampak trend OTR Ice Americano dari The Coffee Bean & Tea Leaf. Minuman kopi ini semakin viral kerana gabungan rasa kopi yang bold, refreshing dan sesuai diminum bila-bila masa, terutama cuaca panas di Malaysia.
Ramai yang kata OTR Ice Americano ni simple tapi “addictive”. Ada juga yang sanggup repeat beli sebab rasa dia lebih smooth berbanding iced americano biasa. Jadi, apa sebenarnya yang buat menu ni trending?
Ok Ummi nak review OTR Ice Americano The Coffee Bean & Tea Leaf dari segi rasa, harga, dan sama ada ia benar-benar berbaloi untuk dicuba atau sekadar hype semata-mata.
Review OTR Ice Americano The Coffee Bean & Tea Leaf
To be exact, malam tadi la Ummi cuba OTR Ice Americano dari The Coffee Bean & Tea Leaf dan honestly memang sedap daripada expectation. Combination 2 shots ice americano dengan vanilla powder dan espresso cream crown memang ngam.
Rasa kopi dia bold dan padu, tapi masih smooth bila diminum. Vanilla powder pula bagi sedikit rasa manis yang balance, tak terlalu overpowering. Yang paling best mestilah espresso cream crown dia yang creamy, rich dan buat keseluruhan rasa kopi jadi lagi premium.
Bila mix semua sekali, dia ada gabungan rasa bitter, creamy dan sedikit sweet yang memang satisfying, especially untuk coffee lover yang suka kopi strong tapi masih easy to drink. Memang sesuai layan waktu panas atau kalau nak coffee boost tengah hari.
Tak hairanlah OTR Ice Americano ni tengah viral sekarang sebab rasa dia memang addictive. Sekali cuba memang ada rasa nak repeat lagi hahaha jahanam nak diet macam ni weh.
Cara Order OTR Ice Americano Viral The Coffee Bean & Tea Leaf
Ini order OTR Ice Americano Ummi semalam dekat CBTL— versi custom yang ikut pilihan di Threads. Korang boleh ikut suka koranglah ya. Ummi buat trial and error je la kan, kebetulan mengena kat tekak.
OTR Ice Americano
2 shots espresso + Vanilla Powder + Espresso Cream Crown
Combination yang ngam sebab dia tak terlalu manis, tapi masih ada balance antara bitter coffee, mild sweetness dan creamy texture. Untuk pilihan lain, maybe korang boleh pilih flavours lain yang ada. Boleh je refer kat posting di threads buat references. Selamat mencuba!
Baca juga: Wordless Wednesday – Aglio Olio The Coffee Bean & Tea Leaf
![]()
