Kurta Raya Sedondon Ayah & Anak – Dua Generasi, Satu Gaya Bersama KACAX | Syawal bukan sekadar tentang baju baru, tetapi tentang kenangan yang kita cipta bersama. Melihat Babah dan anak-anak berpakaian sedondon di pagi raya, ada rasa bangga dan bahagia yang sukar untuk Ummi gambarkan. Perjalanan hidup kita ni semakin hari semakin sampai ke penghujungnya, jadi momen-momen indah yang ada ni kita kena simpan sebagai kenangan bersama anak-anak di hari raya.
Masih Tak Jemu Dengan Kurta KACAX









Alhamdulillah, masih tak jemu-jemu dengan design Kurta KACAX. Memang dah jadi kebiasaan, Ummi akan utamakan pakaian hero-hero dulu berbanding diri sendiri. Almaklumlah, kita “Queen” sorang dalam family lebih mudah nak mencari pakaian sedondon bila kita dah settlekan hero-hero ni dulu.
Kurta Raya Sedondon Ayah dan Anak – Dua Generasi Satu Gaya Bersama KACAX
Yang pentingkan, masa sampai je Butik KACAX Plaza Angsana ni, Ummi kerah Babah dulu cuba mana yang dia berkenan. Bila dah selesai mencuba berhelai-helai kurta dan baju melayu KACAX dan dia dah buat pilihan Ummi pilih pula yang sedondon dengan Babah. Haaa.. kita utamakan pilihan Ketua Keluarga dulu ok. Selesa dan cantik dimata dia, cantik jugalah dimata Ummi hehe.
Pelbagai Design Terbaru Kurta KACAX
Kalau nak cakap pasal design terbaru, rasanya jaranglah KACAX ni tak keluarkan design terbaru. Setiap tahun mesti ada yang terbaru muncul. Kami pun tak nak lah terlepas dari memilih stok-stok yang “NEW ARRIVAL” ni kan. Bukan nak FOMO tapi better lah kita grab new design. Baru raya Nampak wow!
Antara Design terbaru Kurta KACAX dan baju melayu KACAX:









Tahun ni juga, KACAX menampilkan kurta terbaru dengan gaya denim, Kurta Denim Brix. Ada dua pilihan warna tau, blue and black.






Ni kurta anak-anak versi sedondon dengan ayah. Comel kan?
Kenapa Kami Tak Jemu Memilih Kurta KACAX?
Semestinya ada sebab-sebabnya kan. Pada kami, berbaloi membeli Kurta KACAX ni kerana designnya simple dan up to date. Potongan yang kemas dan fabrik yang selesa, jadi anak-anak tak terasa rimas sepanjang tempoh beraya dari rumah ke rumah. Jahitan yang kemas dan setiap kurta didatangkan Bersama butang baju yang cantik, menambah lagi nilai estetika pada kurta KACAX.
Kurta KACAX – Dusty Pink Pilihan Hati



Supprisingly, tahun ni Babah terbuka hati nak pilih warna tema “Dusty Pink” hehehe. 18 tahun dah kahwin dengan Babah baru tahun ni merasa pink hahaha. Ibarat pepatah “Pucuk dicita ulam mendatang”, Ummi ni memang peminat pink tapi nak ajak diorang pakai baju pink memanglah susah. Tiba masanya, tahun ni kita ke arah warna pink hehehe. Yeay! Kami pilih kurta bercorak kotak-kotak untuk tahun ni berwarna pink belacan. Alhamdulillah pilihan yang tepat. Cantik! Ummi pun dah jumpa padanan baju Ummi Bersama hero-hero.
Sedondon ni bukan sekadar padanan warna, tapi bonding & gelak tawa pagi raya
Kurta Raya Sedondon Ayah dan Anak – Dua Generasi Satu Gaya Bersama KACAX
Lokasi Butik & Booth KACAX
Kunjungi Butik/ Booth KACAX di lokasi di bawah:
KACAX ANGSANA
Booth Level 3 (area kiosk Kaca)
Kiosk Songkok KACAX di kiosk kaca
Booth KACAX LEVEL 2 (berhadapan kedai Emas HABIB Jewel)
KACAX UBC
Jalan Padi Emas 1/4 (blkg Maybank Bbu)
KACAX Giant PLENTONG
-Lokasi dalam Giant Plentong
-berhadapan Pintu Cashier Giant Plentong
Booth KACAX B5
-Berhadapan Pentas outdoor
Booth KACAX KIPMALL TAMPOI
-berhadapan pentas utama Kipmall
Tiktok : https://www.tiktok.com/@midanixhq
Follow social media KACAX untuk promosi terkini:
FB pages : https://www.facebook.com/share/1DMLo1g4QH/
