Set Iftar Ramadan Restoran Bara Stulang JB | Menu berbuka puasa dari dapur Bara muncul lagi uols. Orang JB bolehlah datang Kali ni bukan buffet ya, kita cuba Set Iftar Ramadan yang berlauk-paukkan seafood yang segar dari laut. Kalau korang dah biasa makan seafood dan ikan bakar Bara ni konfem korang memang suka.
Set Iftar Ramadan Restoran Bara Stulang JB
Tarikh: 2 – 27 Mac 2025
Masa: 6.00pm – 8.00pm
Tempat: Restoran Bara Stulang JB
(Bangunan biru bersebelahan SMFoon Yew)
57, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor.
Surau disediakan
Waze: Restoran Bara Ikan Bakar
Maps: Bara Ikan Bakar
5 Set Iftar Ramadan
Tahun ini Restoran Bara Stulang menawarkan Set Iftar Ramadan. Ada lima (5) set yang ditawarkan seperti di bawah:
SET A (2 pax) – RM119
- Nasi putih 2, Siakap Bakar Sambal Bara Style, Udang Salted Egg, Tomyam Campur Putih, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar Bawang.
SET B (4 pax) – RM219
- Nasi putih 4, Siakap Bakar Sambal Bara Style, Sotong Paprik, Lala Buttermilk, Tomyam Campur Merah, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar Bawang.
SET C (4 pax) – RM349
- Nasi putih 4, Siakap Tiga Rasa,Udang Lemak Cili Padi, Sotong Goreng Kunyit, Ketam Salted Egg (2 ekor), Kerang Goreng Sambal, Tomyam Campur Putih, Sayur Chap Chai, Telur Dadar Bawang.
SET D (6 pax – RM439
- Nasi putih 6, Siakap Bakar Sambal Bara, Udang Sambal Yaaam, Sotong Goreng Kunyit, Kerang Goreng Sambal, Ketam Masak Cili (2 ekor), Siput Masak, Lemak Cili Api, Sayur Chap Chai, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar Bawang 2.
SET E (8 pax) RM699
- Nasi putih 8, Siakap Tiga Rasa, Siakap Sambal Yaaam, Udang Lemak Cili Padi, Sotong Goreng Sambal, Lala Buttermilk, Lobster Salted Egg (2 ekor), Kerang Goreng Sambal, Tomyam Campur Putih, Sayur Taugeh Ikan Masin, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar Bawang 2.
PERCUMA ~ Free flow Mini Buffet
Minuman sejuk, kurma, kuih-muih, bubur manis, buah potong, ulam²an, nasi putih tambahan.
Ala-carte bermula selepas jam 9pm
Set Iftar Pakej Bawa Pulang (Take Away)

Kalau korang tak sempat masak untuk berbuka tapi nak makan menu Bara ni di rumah, don’t worry boleh roger-roger diorang tapau sesiap.
Pesanan terakhir sebelum 5pm
SET ADINDA (4 pax) RM179

SET KEKANDA (4 pax) RM239

Setiap set ada 1.5 liter Air Kathira, kurma, kuih-muih & bubur manis.
Iftar Special Add-On (Rujuk gambar)
Menjamu Selera Set C

Kami dapat mencuba Set C. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka. Babah ni boleh tahan cerewet la bab merasa masakan ni. Kalau dia kata sedap memang betul-betul sedap la tu hehehe.

Ketam Salted Egg
Ketam Salted Egg tu.. Ya Allah sedapnya la hai. Kuahnya tu secukup rasa. Isi ketam tu memang betul-betul fresh, manis je tau. Ummi bagi 5 bintang weh!

Siput Sedut Goreng Sambal
Siput Sedut Goreng Sambal tu pun sedap. Sambal tu sedap pedas-pedas, sambal special tau memang resipi khas dari Restoran Bara ni. Rasanya unik. Again 5 stars for you my favourite siput sedut hehehe.

Siakap Tiga Rasa
Siakap Tiga Rasa tu pun sedap, sesuai untuk tekak anak-anak kami. Tiga Abdul ni memang suka siakap tiga rasa, bila diorang rasa versi Restoran Bara, of course lah laju diorang approve kesedapannya. 4 stars for you Siakap Tiga Rasa.

Udang Lemak Cili Padi
Another recommended killer menu dalam Set C ni adalah Udang Lemak Cili Padi. Memang one of our favourite menu la kat rumah. Tapi versi Bara ni, kuahnya pekat dan cukup rasa. Ummi bagi 4 bintang!
Menu-menu lain



Menu-menu lain dalam Set C ni tak kurang sedapnya, Tomyam Campur Putih, Sayur Chap Chai dan Telur Dadar. Memang tersadai wehh kekenyangan lepas makan. Puas hati, berbaloi dengan harga dan kesedapannya.
Kunjungi Booth Bara Ikan Bakar Kayu Arang di Angsana JB Mall


Nak berbuka dengan ikan bakar sedap korang bolehlah kunjungi booth Ikan Bakar Bara Style di Angsana JB Mall. Konfem tak menyesal sebab sambal ikan bakar Bara ni memang padu tau. Korang kena cuba!
Untuk tempahan, sila hubungi:
+6016-402 0350
Nantikan update terkini di:
Instagram: @barastulangjb
SENARAI BUFFET RAMADAN 2025 DI JOHOR BAHRU