Buffet Ramadan 2025 – Renaissance Johor Bahru Hotel | Buffet Ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel muncul kembali dengan tema “Gempita Ramadan Renaissance” yang menampilkan ratusan menu masakan Melayu, Cina, India dan Western. Memang buat korang rambang mata.

Gempita Ramadan Renaissance
Tarikh: 1 – 30 Mac 2025
Tempat: Cafe BLD
Masa: 6:30pm – 10:00pm
Surau di Level 3
Penampilan Istimewa Sheila Rusly & Zam Akmal

Istimewa “Nasi Daun Jeruk” air tangan selebriti terkenal Sheila Rusly pada 7, 8, 21 & 22 Mac 2025. Nasi Daun Jeruk diinspirasikan dari masakan Indonesia dengan gabungan unik herba dan rempah ratus yang disesuaikan dengan citarasa tempatan.
Tidak ketinggalan “Daging Goreng Berempah” air tangan Zam Akmal (Food Content Creator) yang boleh dinikmati pada 14,15, 28 & 29 Mac 2025. Perapan daging dengan rempah ratus yang digoreng dengan sempurna. Makan dengan Nasi Daun Jeruk pun sedap!
Menu Menarik Gempita Ramadan Renaissance






Pelbagai lagi juadah lazat yang bakal disajikan sepanjang Ramadan kali ini. Antara menu utama Gulai Daging Tetel Nangka Muda, Ayam Goreng Berlado Hijau, Kambing Rendang Cili Api, Kerutuk Daging, Udang Masak Tempoyak, Paru Daging Balad Merah, Nasi Briyani Ayam & Kambing, Roti John Ayam, Ayam Percik, Sup Berempah, Sup Merah, Aneka Kerabu & Ulam-ulaman, Baked Giant Fish Tiga Rasa, Asam Pedas Ikan Pari, Ayam Percik Serai Wangi, Ketupat Nasi, Ketupat Palas, Lemang bersama Seruding Daging/ Ayam/ Ikan, Middle East Cuisine & Dessert, Aneka Kuih Muih Tradisional & Moden serta banyak lagi. Kuih Ketayap Durian sedap betul! Tidak dilupakan Indian & Chinese Cuisine. Sup merah & sup gearbox pun sedap! Korang kena cuba.









Harga Buffet Ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel
Harga Biasa
Dewasa – RM198 nett
Kanak-kanak – RM99 nett
Promosi “Early Bird”
Pembelian dari 20 January – 28 February 2025
Dapatkan satu (1) baucar PERCUMA untuk setiap pembelian 10 baucar
Dinner date sah sehingga 30 Mac 2025
ATAU
Diskaun 15% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru
ATAU
Diskaun 10% untuk ahli Marriot Bonvoy
ATAU
Diskaun 10% untuk pemegang kad Maybank & Standard Chartered Malaysia
Buffet Ramadan 2025 – Gempita Ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel
RENTASTIC Deal
Pembelian dari 20 January – 25 February 2025
Dapatkan dua (2) baucar percuma untuk setiap pembelian 10 baucar
Dinner date sah sehingga 9 Mac 2025
Cara Menempah
Whatsapp: wa.me/60177713327
bit.ly/TableAppCafeBLD
www.cafebld.com/specials
Video TikTok: Gempita Ramadan Renaissance
SENARAI BUFFET RAMADAN 2025 DI JOHOR BAHRU
Wow! dah start promo untuk buffet Ramadan. Sedap-sedap juga menunya.