Buffet Ramadan 2025 – Muara Steamboat & Grill | Pertama kali mencuba menu Buffet Ramadan di Muara Steamboat & Grill. Destinasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang mencari pengalaman berbuka puasa dengan menu-menu nusantara bersama pilihan steamboat and grill.
Buffet Ramadan di Muara Steamboat & Grill: Hidangan Istimewa Menu Nusantara
Bufet Ramadan di Muara Steamboat & Grill menawarkan pelbagai pilihan makanan yang pasti memenuhi selera semua pengunjung.
Muara Steamboat & Grill menggabungkan menu nusantara dan steamboat dan grill dalam satu hidangan. Sempena Ramadan, menu berbuka puasa ini turut diserikan dengan hidangan tradisional Melayu seperti nasi minyak, ayam goreng berempah, ayam rendang, daging lada hitam, gulai kambing, ikan tongkol sambal bakar, udang masak lemak cili api, pucuk paku masak lemak putih, ulam-ulaman dan lain-lain.
Tidak ketinggalan juga kuih-muih tradisional seperti kaswi pandan, bubur pulut hitam, puding sirap bandung dan menu pembuka selera seperti kerabu mangga, pepes ayam, gado-gado, tauhu bergedil, tempura sayur untuk melengkapkan santapan. Minuman segar seperti sirap bandung, air kathira, limau asam boi dan minuman panas kopi dan teh turut disediakan bagi memastikan pengalaman berbuka puasa yang sempurna.
Istimewa untuk pengunjung, Daging Striploin dan kambing Panggang dengan sos lada hitam, cendawan dan chimichurri. Dijamin sedap!
Nikmati Steamboat & Grill
Selain itu, bufet ini menampilkan pelbagai jenis pilihan makanan, termasuk bahan steamboat seperti bebola ikan, udang segar, sotong, dan pelbagai jenis sayuran. Untuk penggemar grill, terdapat pelbagai pilihan daging perap seperti ayam, kambing, dan daging lembu yang dipanggang segar.
Suasana di Muara Steamboat & Grill sangat sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul sambil menikmati hidangan. Dengan ruang makan yang luas dan dekorasi yang bertemakan Ramadan, restoran ini menawarkan suasana yang santai dan mesra serta terdapat “port OOTD” yang sangat menarik. Sementara menunggu waktu berbuka korang bolehlah menyaksikan sunset dibahagian luar restoran.
Bufet Ramadan di Muara Steamboat & Grill ini berlangsung sepanjang bulan puasa dengan harga yang berpatutan. Tempahan awal sangat digalakkan kerana tempat duduk adalah terhad, terutama pada hujung minggu. Nikmati waktu berbuka puasa yang penuh dengan kenikmatan bersama yang tersayang di Muara Steamboat & Grill.
Buffet Ramadan 2025 – Muara Steamboat & Grill
Harga Buffet Ramadan Muara Steamboat & Grill
Tempahan Terawal ~ 3 Hari Pertama
Bufet makan sepuasnya
RM50++ Dewasa & Warga Emas
RM25 ++ Kanak² & OKU
Stimbot makan sepuasnya – diskaun 20% untuk semua pakej.
PAKEJ A
Bufet Makan Sepuasnya (Menu Nusantara)
Hari Biasa (Isnin-Khamis)
RM88++ Dewas
RM44++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas
Hujung Minggu (Jumaat-Ahad)
RM98++ Dewas
RM49++ Kanak² & OKU
RM73++ Warga Emas
PAKEJ B
Stimbot Makan Sepuasnya + Set Dulang Nasi Arab Ayam Mandy
Hari Biasa (Isnin-Khamis)
RM88++ Dewas
RM44++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas
Hujung Minggu (Jumaat-Ahad)
RM98++ Dewas
RM49++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas
PAKEJ C
Stimbot Makan Sepuasnya + Set Dulang Nasi Arab Ayam Mandy + Set BBQ
Hari Biasa (Isnin-Khamis)
RM138++ Dewas
RM69++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas
Hujung Minggu (Jumaat-Ahad)
RM148++ Dewas
RM74++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas
Muara Steamboat & Grill
C1 Blok, Persiaran Senibong, 81750 Masai, Johor.
Untuk menempah, sila hubungi:
019-446 1665
Instagram: https://www.instagram.com/muarasteamboatandgrill/
Thanks Abang Ilham jadi bodyguard Ummi yang mengikut tema “Sirap Bandung” sempena ada air sirap bandung dan puding sirap bandung di Muara Ramadan Buffet Dinner hehehe. Birthday Syamil 27 Jan ni tapi ada orang yang request nak bersteamboat & grill kat sini. Hurmmmm Ummi akan fikirkan kemudian hehehe.