Pinktober Hi-Tea Event di Hard Rock Cafe Puteri Harbour | Sempena kedatangan bulan Oktober, bulan kesedaran kanser payudara, Hard Rock Cafe Puteri Harbour dengan kerjasama Kensington Green Specialist Centre, Fraser Place Puteri Harbour, Jom Pound JB, Breast Cancer Support Group Johor Bahru, Malaysia Medical Association, Lady Bikers Johor, Creative Capture Legacy, Ipin Studio & Printing dan Mohd Azhar MyPhotography telah menganjurkan Hi-Tea Event dan aktiviti-aktiviti menarik bagi memberikan sokongan kepada pejuang-pejuang kanser.
Sesi Pendaftaran
Oleh kerana Babah cuti, jadi dapatlah Ummi green light untuk join event ni. Masa nak register, jumpalah geng mak-mak dara PTP. APa lagi lajulah Ummi join duduk semeja dengan diorang.
Motor Ride Launching by Johor Ladies Bikers
Sebelum majlis bermula, flag-off dilakukan oleh Imaran Ajmain, di hadapan Fraser Place Puteri Harbour.
Kata-kata Aluan dari Pihak Hard Rock Cafe Puteri Harbour
Orang-orang kuat Hard Rock Cafe Puteri Harbour menyampaikan sepatah dua kata.
Sesi Perkongsian dari Kensington Green Specialist Hospital
Sharing tentang kepentingan pemeriksaan payudara. Penting untuk kita semua mengesan kanser payudara dengan lebih awal supaya dapat dicegah lebih awal sebelum merebak.
Berikut adalah faktor risiko kanser payudara tahap awal:
- Mempunyai sejarah kanser, terutamanya kanser payudara.
- Sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara.
- Menarche, iaitu haid pertama yang berlaku pada usia muda.
- Menopause atau putus haid pada usia yang lebih tua.
- Tidak pernah mempunyai anak.
- Lewat hamil anak pertama, iaitu selepas berumur 30 tahun.
- Gaya hidup – merokok, obesiti, pengambilan minuman beralkohol, makan jamu atau ubat herba/tradisional.
- Penggunaan ubat hormon (terapi penggantian hormon, pil perancang).
Sesi Perkongsian dari Breast Cancer Support Group Johor Bahru
Perkongsian hebat pengalaman sebagai cancer survivor leh ahli-ahli Breast Cancer Support Group Johor Bahru. Ummi sangat kagum dengan semangat yang mereka ada. Semoga diberikan kekuatan menempuhi ujian mendatang.
Penampilan Khas Imran Ajmain
Antara yang dinantikan kemunculan artis jemputan, Imran Ajmain, yang popular dengan lagunya, Seribu Tahun dan Selamat Ulangtahun Sayang. Sempatlah Ummi ambil peluang bergambar dengan penyanyi kelahiran Singapura ni.
Prize & Appreciation Certificate Giving
Pemberian sijil dan juga cenderahati kepada team-team sokongan yang menjayakan program ini.
Makan Time!
Menu-menu semua sedap uolls. Hard Rock Cafe sajikan kami dengan healthy food. Pakkal je segan nak bertambah, kalau tak segan dah banyak kali Ummi tambah hahaha.
Pinktober Hi-Tea Event di Hard Rock Cafe Puteri Harbour
Rock & Roll Jom Pound!
Last activity, pastinya Pound Fitness bersama Team Jom Pound JB. Ummi antara yang terpaling excited ok hahaha. Syok dapat jumpa Pound Pros kesayangan kat sini. Suka energy diorang, macam tak reti penat gitu hehehe. Thanks korang semua. Jumpa lagi dalam next class. Posse Hernee ni kerja ponteng kelas Pound je lately ni hehehe.
Apa pun memang enjoy sepanjang event ni berlangsung. Sempat jugalah Ummi bershopping jubah warna dark pink kat booth jualan di bahagian luar Hard Rock Cafe hehehe. Yang lain-lain Ummi malas jeling takut pokai duit hehehe.
Promosi Pinktober di Hard Rock Cafe Puteri Harbour
Korang pengumpul merchandise hard Rock Cafe bolehlah grab barang-barang di HRC dengan harga istimewa sempena promosi Pinktober.
Harga boleh rujuk di sini ok.
Sebarang promosi terkini boleh rujuk social media Hard Rock Cafe Puteri Harbour:
Insatgram – https://www.instagram.com/hrcputeriharbour/