Berbuka Puasa di Opero Hotel – Taste of Ramadan | Ini cerita berbuka puasa Jumaat lepas, 11 Ramadan 1445H. Ummi dan The Ilhams join berbuka puasa geng office di Opero Hotel Southkey. Babah kerja shift pagi balik jam 9pm, jadi dia berbuka di office.
Taste of Ramadan Iftar Buffet Opero Hotel Southkey
Tahun ni Opero Hotel Southkey memperkenalkan buffet Ramadan bertemakan “Taste of Ramadan” yang mengekalkan konsep ala bazar. Macam biasalah variasi makanan memang banyak masakan Melayu, Cina, India, Arab, Jepun dan Western pun ada. Dah tahun ketiga pengalaman berbuka puasa di sini, memang puas hati sesangat, makanan sedap dan meriah. Tapi ingat jangan tamak ok. Makan jangan mengikut nafsu.
Menu Taste of Ramadan Iftar Buffet
Menu yang biasa muncul bila Ramadan tiba, Nasi Arab bersama Kuzi Kambing, satay ayam dan daging, lamb and chicken shawarma, ketupat, lemang, serunding, ayam masak merah, rendang, lodeh, kuih muih tradisional, baklava, sushi, aneka kek dan banyak lagi. Tapi tahun ni takde mesin aiskrim sedap tu la. Itu antara daya penarik kanak-kanak termasuk Ummi Ilham hahaha. Masih setia menanti tepi pintu, putu mayam sedap hehehe.
Gambar Kenangan Berbuka di Opero Hotel
Sempatlah pinjam baby dua ketul ni dari mommy diorang. Yang bujang kecil tu anak Sarah yang anak dara tu anak Capt. Eryn. Abang-abang tu geram je dengan adik-adik baby. Pinjam baby orang je boleh ok, baby baru dari Ummi no no.. Ummi dah tua dan dah declare pencen awal hahaha.
Harga Buffet Ramadan Opero Hotel
Dewasa – RM198 nett
Kanak-kanak – RM98 nett
Untuk Tempahan Berbuka Puasa di Opero Hotel – Taste of Ramadan
Nak book seat sila contact nombor di bawah ni ya.
https://go.wa.link/operohotelsouthkey
Alamat Opero Hotel Southkey
Opero Hotel Southkey @operohotel.southkey
2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
Live Performance: Ghazal Band
Senarai Buffet Ramadan 2024 di Johor Bahru
Bestnya, tahun ni takde rezeki nak berbuka di sini..
terbayang2 kesedapan makanan tu ek