Buffet Ramadan 2024 - Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel

Buffet Ramadan 2024 – Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel

Buffet Ramadan 2024 – Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel | Alhamdulillah berbuka puasa hari ke 2 Ramadan 1445H di GBW Hotel bersama Babah dan The Ilhams. Kat GBW ni memang setiap tahun menunya meriah, berbaloilah dengan harganya kan. Memang one of our favourite buffet dinner hehehe.

Buffet Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel

Buffet Ramadan 2024 - Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel

Menu Menarik Buffet Ramadan GBW Hotel

Banyak pilihan makanan dari main course sampailah ke dessert ada lebih kurang 100 menu cetusan Chef Karim. Antara menu menarik kambing golek, ayam golek madu, shawarma, nasi beriani, rendang kambing, sambal udang petai, masak lemak labu dan pucuk labu, sambal kupang, sate ayam dan daging, murtabak, roti jala, aneka sup, aneka kerabu, bubur pulut hitam, serawa durian, durian goreng dan banyak lagi.

Air pun meriah, dari yang sejuk bawa ke panas. Siap ada air jelly ball lagi mesti anak-anak suka.

Nampak meja kami meriah tu bukan sebab tamak haloba ya, kami ambil apa sesiap supaya tak payah kerap bangun hehehe. So fokus makan je la kan hehehe.

Memang rezeki nak berjumpa Auntie Emmy ni. Tengah Ummi duk meninjau makanan, sekali nampak Auntie Emmy dan anak bujangnya Qi tengah berlegar-legar kat foyer tu. Jadi sempatlah kami menjemah kejap.

Ummi dah hero-hero sebelum dan selepas kekenyangan hehehe. Alhamdulillah memasing happy dapat berbuka puasa kat luar. Pontenglah sehari ke masjid, solat kat rumah je memasing ya.

Buffet Ramadan 2024 – Selera Warisan Meldrum Kembali Lagi di GBW Hotel

Tempat: GBW Hotel, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, Johor Bahru
Masa: 6:30 Petang – 9:30 Malam

Tarikh: 13 Mac 2024 – 8 April 2024

Buffet Ramadan GBW Hotel

RM108nett (Dewasa)
RM88nett (Warga Emas)
RM58nett (Kanak-Kanak)

Tertakluk pada terma & syarat.

Untuk tempahan boleh hubungi:
https://linktr.ee/gbwhotel
016 7233 558 (Miss Aiza)
016 7100 048 (Mr Syami)
016 7100 073 (Miss Urfa)

Senarai Buffet Ramadan 2024 di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. Sini makanan paling sedap masakan kampungnya, lagi kalau asam pedas ekornya.. sedap terdiam makan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *