Buffet Ramadan 2024 – Flavours of Nusantara di Legoland Malaysia Resort | Alhamdulillah beberapa minggu lepas Ummi dapat mencuba hidangan Buffet Dinner “Flavours of Nusantara di Legoland Malaysia Resort”.
Menu Utama “Flavours of Nusantara”
Antara menu menarik Daging Masak Merah, Bubur Lambuk, Kambing Golek, Asam Pedas Ekor Lembu, Udang Goreng Nestum, Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Berlada, Seafood on Ice, Aneka Kerabu, Kambing Bakar Berkuah Percik, Ketupat, Lemang, Rendang Daging, Lodeh, Aneka Kuih-muih Tradisional dan banyak lagi.
Aneka Kuih Muih
Macam biasa, time buffet Ramadan ni antara yang Ummi cari-cari adalah Durian Goreng. Perghhhh sedap rangup diluar cair di dalam hehehe.
Ummi suka Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Kambing bakar Kuah Percik, Asam Pedas Ekor Lembu and of course seafood on ice hehehe.
Air balang pun banyak pilihan. Nak air panas pun ada.
Persembahan Tarian & Live Band
Sambil berbuka puasa korang akan dihiburkan dengan live band jemputan dan persembahan tarian kebudayaan.
Cepat book sekarang! Selagi harga early bird masih valid. Rugi tau tak grab awal.
Korang boleh skodeng gambar-gambar lain kat facebook page ya.
Flavours of Nusantara Legoland Malaysia Resort
Tempat: Bricks Family Restaurant, LEGOLAND Hotel
Tarikh: 15 Mac – 7 April 2023
Masa: 6pm – 10pm
*** Surau disediakan
Early Bird Deal (2 Feb – 15 Mac 2024)
Dewasa (12 tahun ke atas) – RM158
Kanak-kanak (5-11 tahun) / Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM80
DISKAUN 10% UNTUK PEMEGANG ANNUAL PASS
Harga Biasa
Dewasa (12 tahun ke atas) – RM188
Kanak-kanak (5-11 tahun) / Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM95
+++ SEALIFE MALAYSIA~ Pas harian RM30 (dari jam 4pm – 6pm)
+++ MEET & GREET ~ LEGO® Characters
+++ LIVE! Cultural & Acoustic Performances
+++ LUCKY DRAW ~ Jumaat & Sabtu (Menangi LEGO® Play Sets & Dinner Voucher)
Buffet Ramadan 2024 – Flavours of Nusantara di Legoland Malaysia Resort
Tempahan Buffet Ramadan Flavours of Nusantara Legoland Malaysia Resort
Untuk Tempahan, sila hubungi:
+607 597 8888
atau email ke
admin.fnbhotel@legoland.my
atau info@legoland.my
Sungguh menyelerakan, dah berapa kali juga berbuka di sini, memang banyak pilihan menu..
ye awak.. oyster takde pulak kali ni