Buffet Ramadan Taste of Johor Harga Bawah RM50

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan Taste of Johor Harga Bawah RM50 | Kalau korang mencari buffet Ramadan bawah RM50, maka jomlah berbuka puasa di Buffet Ramadan Taste Of Johor Banyak pilihan makan yang disajikan sepanjang Ramadan. Kalau korang memang pelanggan tetap Taste of Johor mesti korang tercari-cari la asam pedas diorang tu kan. Jangan bimbang kat sini pun masih ada menu asam pedas tu.

Antara menu yang disajikan asam pedas ikan mayong, asam pedas tetel, sate ayam dan daging, bubur lambuk, ayam BBQ, ikan bakar, kupang sambal, daging masak kicap, kari ayam, ayam goreng berempah, aneka sayur-sayuran, rojak petis, ayam masak lemak cili api dan banyak lagi. Untuk anak-anak juga ada disediakan nugget, sosej dan kentang goreng.

Menu yang menarik perhatian kami anak beranak adalah Sup Merah Gearbox. Sedap betul makan dengan roti perancis. Berketul-ketul Abang Ilham bedal hehehe. Syok betul dia makan ayam BBQ tu cicah dengan sambal ikan bakar hehehe. Well, Taste of Johor memang terkenal dengan pes ikan bakar The Sand Village, rasa sambal ikan bakar tu memang mantap weh. Bubur lambuk pun sedap Ummi suka.

Korang kena cuba ok. Harga antara yang terendah di Johor Bahru. Rebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bila korang berbuka puasa di Buffet Ramadan Taste of Johor.

Buffet Ramadan Taste of Johor Harga Bawah RM50

Buffet Ramadan Taste of Johor di Dewan Anjung Pekaka Taman Perling

CONTEST 1 – BERBUKA PUASA DAN MENANG

Syaratnya, berbuka puasa di Buffet Ramadan Taste of Johor & layak menyertai Cabutan Bertuah.

CONTEST 2 – LIKE, SHARE, TAG & WIN CONTEST

Korang kena like, share & tag setiap posting Taste of Johor untuk melayakkan korang memenangi hadiah Duit Raya bernilai RM250. Uissyhhh lepas beli baji raya, kasut raya tu hehehe. So apa tunggu lagi, tempah sekarang!

Banyak lagi gambar korang boleh skodeng di facebook page Ummi ya.

Buffet Ramadan Taste of Johor

Tempat: Dewan Anjung Pekaka, Taman Perling, Johor Bahru (Sederet Amerin Hotel)

Surau lelaki dan perempuan disediakan.

HARGA BIASA:

RM45 (Dewasa)
RM35 (Warga Emas/
RM25 (Kanak-kanak 6 Tahun ke atas)
PERCUMA (Kanak-kanak 5 Tahun ke bawah)

Untuk tempahan tekan je link di bawah :-

www.wasap.my/+60195656831/bufetramadhan

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!