Buffet Ramadan 2023 – Sajian Dari Dapur Ayahanda Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2023 – Sajian Dari Dapur Ayahanda Fraser Place Puteri Harbour | Pusing-pusing buffet Ramadan Johor Bahru, akhirnya kita patah balik la ke kawasan jajahan kita Iskandar Puteri hehehe. Mana lagi kalau tak ke Fraser Place, Puteri Harbour.

Tahun ni, Fraser Place membawa kelainan dengan menu eksotik bukan satu jenis menu je tau, tapi berjenis-jenis haiwan gitu hehehe. Memang rare sesangat! Highlighted menu Sajian Dari Dapur Ayahanda dari Fraser Place tahun ni memang banyak menu yang “rare & excotic”.

Antara menunya Belangkas Sambal, Kulit Lembu Sambal Taun, Belut Lemak, Siput Gonggong Sambal Mangga, Siput Sedut Masak Lemak, Rendang Arnab Cili Padi, Burung Puyuh & Fresh Durian.

Menu lain yang korang kena cuba antaranya Kambing Golek & Ayam Golek, Dapur Selat Tebrau seafood on ice, Sup Kendil (sup gearbox, tulang, babat, urat), Shawarma, Paru Berlado, Satay Ayam & Daging, Pucuk Paku Lemak Keledek dan banyak lagi. Book cepat untuk dapatkan harga early bird!

Buffet Ramadan 2023 – Sajian Dari Dapur Ayahanda Fraser Place Puteri Harbour

Janga lupa makan fresh durian kampung tau! Ada di di bahagian luar restoran. Mantap rasa duriannya. Nampak tu betapa nikmatnya kami makan durian hehehe. Thanks Mommy Ngah jadi peneman Ummi ke Fraser Place.

Ummi Ilham’s Favourite

Syok betul Ummi repeat siput gonggong tu ui. Sekali dengan siput sedut. Memang favourite lah! Sambal siput gonggong tu sedap ngam dengan tekak Ummi. Kambing golek dan ayam golek pun sedap. Terpaling repeat, seafood on ice tu. Eh jap.. Paru berlado kat sini pun Ummi suka.

Lokasi: Swatches Restaurant, Fraser Place
Tarikh: 27 Mac – 20 April 2023
Masa: 6.30pm – 10pm

Surau disediakan di Ground Floor

Early Bird (11 – 26 Mac 2023)
RM128++ (Dewasa)

Harga Biasa
RM158 (Dewasa)
RM88 – Warga Emas (60 tahun ke atas), Kanak-kanak (6 -12 tahun)

Untuk tempahan, sila hubungi:
https://wa.link/vsrtes

Telefon: +6013-7786821

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!