Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 – 9 Mac 2023 | Berdebar-debar jantung Ummi nak menanti hari esok. Apa pun keputusan UPKK 2022 Abang Ilham kami terima dengan reda. Usaha, tawakkal dan reda.
Jom baca kenyataan media dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berkenaan cara menyemak keputusan UPKK 2022.
Baca juga: Selamat Menjawab UPKK 2022 Buat Abang Ilham
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022
Bil.2/2023
CARA MENYEMAK KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang.
- Majlis Pengumuman Keputusan UPKK akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
- Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :
- i. UPKKNo. MyKid/No. Kad Pengenalan KhasNo. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau
- ii. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.
- Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Sekian, terima kasih.
DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
7 Mac 2023
Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 – 9 Mac 2023
Semoga yang baik-baik saja untuk semua anak-anak yang menduduki UPKK 2022. Ingat! Apa pun keputusannya reda ya. It is not the end of the world! Banyak lagi cabaran akan datang yang anak-anak perlu tempuhi. Stay calm & relax ok!
FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM
Pukul 3 nanti ke baru tahu.. ahhh.. tak tentu arahlah orang tu hari ni nak buat keje agaknya. Apapun, semoga apapun keputusan adalah yg terbaik utk Abg Ilham ya.
pukul 4.30pm mak inche.. alhamdulillah dengan keputusan ilham.. cuma check pertama n kedua ada beza pulak resultnya hehehe.. ada gak kena kat kawan2 dia yang lain..
Semoga dipermudah kan
aamiin thank you..