Buffet Ramadan 2023 – Bazaar Makan-Makan @ Opero

Buffet Ramadhan
Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero

Buffet Ramadan 2023 – Bazaar Makan-Makan @ Opero | Bufet Ramadan di Opero Hotel kali ini akan menampilkan sejumlah 400 hidangan dan 8 khemah marquee dengan suasana unik ala bazaar dan pelbagai hidangan premium.

Korang boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan, dengan hidangan istimewa yang pasti menarik perhatian. Nak makan masakan Melayu, Cina, India, Arab dan Western pun ada. Berdasarkan pengalaman menjamu selera bulan puasa tahun lepas, memang Opero Hotel ni adalah salah satu tempat berbuka puasa yang memang Ummi puas hati sesangat dengan menunya.

Kalau korang steak lover, jangan lupa cuba USDA Prime Ribeye, Angus Rib Eye & Striploin Steak. Sumpah sedap weh! Memang juicy, tender, and flavourful.

Korang juga boleh cuba Nasi Arab bersama Kuzi Kambing, satay ayam dan daging, lamb and chicken shawarma, live teppanyaki, ketupat, lemang, serunding, ayam masak merah, rendang, lodeh, sambal goreng jawa, kuih muih tradisional, baklava, sushi, aneka kek dan banyak lagi.

Ummi Ilham’s Favourites:

Kalau korang tanya Ummi suka makan yang mana, adoiii memang banyak hahaha. Terpaling suka Mussle Au Gratin.. alaaa kupang ada cheese tu haaa. Sedap weh. Selain tu yang namanya seafood on ice memang favourite Ummi lah. USDA Prime Ribeye, Angus Rib Eye & Striploin Steak pun Ummi suka weh. Aduhaiiii lembut betul dagingnya. Kambing Kuzi pun sedap, makan dengan nasi arab. Paling tak sabar nak makan aiskrim tu ekekeke. Kalau korang nak ajak family makan menu berbuka puasa yang “premium” you should go to Opero Hotel ok!

Banyak lagi gambar korang boleh tengok di sini ya.

Buffet Ramadan 2023 – Bazaar Makan-Makan @ Opero

Early Birds – Beli 10 PERCUMA 3!

Sah dari sekarang sehingga 10 Mac 2023.

Harga Biasa:

?

24 March 2023 – 18 April 2023
⏲️ 6.30pm – 10.00pm
?RM188 nett (Dewasa)
?RM168 nett (Warga Emas – 60 tahun ke atas)
?RM88 nett (Kanak-kanak – 7 hingga 12 tahun)

Live Performance: Ghazal Band

? +6011 3680 0899 (Amirah) https://operohotel1.wasap.my
? +6016 840 0899 (Grace) https://operohotel2.wasap.my
? +6016 511 0899 (Syakirah) https://operohotel3.wasap.my
? +6010 887 0899 (Suhana) https://operohotel4.wasap.my

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!