Food Hunting di MaQan Space 2.0 Eco Galleria

Event
Food Hunting di MaQan Space 2.0 Eco Galleria

Food Hunting di MaQan Space 2.0 Eco Galleria | Settled misi food hunting Ummi dan #gengmaQan #bestiemaQan sempena event MaQan Space 2.0 di Eco Galleria, Eco Botanic, Iskandar Puteri. Ummi pilih pergi hari Jumaat sebab Ummi boleh survey dulu, in case nak repeat dengan anak-anak next trip ekekeke. Bijakkan mak kamu?

Ummi beli 3 jenis makanan je. Percaya tak? Ya betul, sila percaya. Ummi kan dalam program Flab To Fab, mana boleh makan banyak ekekeke.

Paling utama nak cuba Kopi Rey. So Ummi beli Iced Vanilla Latte. Ok sedap!

Seterusnya Ummi ke Jepun, ehhh salah.. Ummi ke gerai Sushika, macam biasa Octopus pilihan Ummi. Sedap! Banyak lagi pilihan lain tapi octopus favourite kan hehehe.

Next Ummi ke Korea, saja nak mencuba Gangnam Toast ni. Nampak besar sebab 3 keping roti tau untuk satu gangnam toast ni, so Ummi share dengan Kak Leen. Kami pilih Spicy Korean Beef Toast haa gitu la nama dia. Ok pedas terbakor!

Food Hunting di MaQan Space 2.0 Eco Galleria

Yang ni Kakleen punya makanan Grilled Chicken tak silap namanya. Dari gerai lupa nama hehe. Yang penting sedap, sos thai tu pedas berapi. Isi ayam tu sedap manis sikit.

Gambar-gambar di MaQan Space 2.0

Korang tengoklah gamba-gambar lain kat page Ummi ya.

Terdapat lebih kurang 40 lebih vendor F&B termasuk barangan & lebih 10 jenis aktiviti menarik sepanjang tiga hari tu. Korang bayangkan la kalau dah banyak vendor konfem mata tekak semua menjadi rambang.

Ummi pun ulang alik berapa kali la baru Ummi decide nak makan apa. Kalau ikutkan nafsu makan ni rasa banyak lagi Ummi nak cuba. Serious weh, terliur je tengok makanan yang ada. Plan asal nak repeat dengan anak-anak tu tak menjadi hurmm. Padahal kan kami dah sampai dah ke Eco Galleria malam last tu. Sekali Babah tengok macam tak jumpa parking je, dia dah malas. Dia kata dia dah lapar teruk, nak pusing-pusing cari parking, pusing-pusing cari makanan, pusing-pusing cari tempat duduk nak makan boleh buat Babah ko ijo. Jadi kami-kami pasghah la keluar balik dari Eco Botanic dan lepak makan tempat lain. Uhukkk~

Food Hunting di MaQan Space 2.0 Eco Galleria

Itulah cerita Ummi di MaQan Space 2.0. Sempat jumpa geng JDT Blogger Sunah Sakura dan Lisa orang kuat Visit Johor dan MaQan. Jumpa lagi next makan-makan event hehehe.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!