Berbuka Puasa di Bazaar Makan-makan Opero Hotel

Buffet Ramadhan
Berbuka Puasa di Bazaar Makan-makan Opero Hotel

Berbuka Puasa di Bazaar Makan-makan Opero Hotel | Buka puasa 3 Ramadan 1443H berbuka dengan boyfriend nombor 2. Menu berbuka puasa dari Bazaar Makan-makan at Opero Hotel. New hotel in the town, terletak bersebelahan dengan The Mall Midvalley, Southkey.

Alhamdulillah rezeki untuk hari ketiga. Fuhhh boleh meletup perut layan juadah berbuka puasa di hotel baru ni. Banyak betul pilihan makanan. Sedap-sedap pulak tu. Nak makan masakan kampung ada, western ada, sushi ada, chinese food ada, indian food ada ehhh macam-macam ada lah. Tersandar Abang Ilham kekenyangan. Nak bergambar sampai nampak perut buncit, Ummi suruh dia tahan nafas kahkahkah.

Korang kena try Kambing Bakar Kuzi, Ayam Goreng Berempah, Salmon Cheese, Potato Gnocchi, BBQ Beef Brisket, Ikan Bakar, Laksa Johor, Putu Mayam, Sotong Telur Masin, Bubur Kacang Durian, Durian Goreng dan banyak lagi.

Paling unik ni ha. Putu mayam siap motor sekali datang Opero Hotel ok. Kau hadoooo?? hehehe. Putu mayamnya gerenti sedap!

Yang bestnya lagi boleh DIY aiskrim sendiri. Mesin membuat aiskrim ada disediakan. So ikut la korang nak makan aiskrim kon atau dalam mangkuk kecil. Tengok aiskrim Ummi tu, Kemain macam patah pinggang hahaha. Dah beriya nak buat sekali laju aiskrim tu keluar hahaha mak is gelabah! Anak mak kat sebelah gelakkan mak dia cissss. Tapi bila dah dapat masuk mulut sedap benor aiskrimnya hehehe.

Sambil makan korang dihiburkan dengan irama ghazal.

Betul2 vibes bazaar Ramadan, riuh dengan suara chef sahut menyahut menyebut menu-menu stall mereka termasuklah jeritan “putu mayam” hehe.

Nahhh korang pergi cuci mata tengok gambar makanan yang sedap-sedap tu kat page Ummi ya.

? 4April – 2 Mei 2022
?Grand Florius Ballroom
? 6.30pm to 10.30pm

Harga
Dewasa RM148
Kanak-kanak RM69

Surau di level 4.

Untuk tempahan, sila hubungi: wasap.my/601136800899

Facebook: Opero Hotel

BUFFET RAMADHAN 2022 DI JOHOR BAHRU

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Berbuka Puasa di Bazaar Makan-makan Opero Hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!