Berbuka Puasa Buffet Ramadan di GBW Hotel

Berbuka Puasa Buffet Ramadan di GBW Hotel | Buka puasa 2 Ramadan 1443H ~ Buka puasa dengan boyfriend nombor 3. Alhamdulillah Abang Syamil berjaya berlatih berpuasa hari kedua. Hero-hero lain kat rumah berbuka sup kambing dan mee goreng. Sebelum ke sini Ummi siapkan dulu menu berbuka puasa untuk yang ditinggalkan.

Lebih dari 100 hidangan yang disajikan di BVW Hotel sepanjang bulan Ramadan. Antara hidangan yang menarik, Daging Salai Lemak Rebung, Kambing Briyani, Kambing Golek, Ayam Golek, Kambing Masak Hitam Berkentang, Seafood Shellout, Nasi Briyani Kambus, Sayur Lemak Pucuk Paku, Sotong Sambal Petai, Rojak Buah, Rojak Asma, Aneka Sup, ABC, Cendol Durian, Serawa Durian, Durian Goreng, Pisang Goreng Cheese dan banyak lagi.

Banyak pilihan makanan sampai rambang mata nak pilih. So far pilihan Ummi kat sini, kambing golek, ayam golek, mee rebus, lemak nenas, rojak buah, kerabu mangga dan banyak lagi. Abang Syamil suka kambing golek, ayam rendang dan ayam masak merah. Ohh tak lupa seafood shellout. Kemain beriya dia makan ketam. Nasib dah pandai kopek ketam Ummi tolong sikit-sikit je. Dessert kat GBW ni pun banyak gila weh. Memang korang kena spend time makan slow-slow, solat sesiap then sambung lagi. Berbaloi-baloi gitu.

Berbuka Puasa Buffet Ramadan di GBW Hotel

Surau ada di level 7 ya. Jangan lupa bawa telekung & sejadah sendiri. Surau ni ada juga menyediakan sejadah. Ummi siap-siap pakai baju yang mesra solat.

Gambar lain-lain boleh jengah FB page:

CITARASA KELUARGA MALAYSIA RAMADAN BUFFET DI GBW Hotel

📅

4 April – 1 May 2022
🕡 6.30pm – 9.30pm
📍 9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor.

‼️Early Bird Promo (sebelum 7 April 2022)
RM78 nett💸

Harga BiasaDewasa – RM98 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) & Kanak-kanak (6 – 12 tahun) – RM48 nett
Diskaun 20% untuk in-house guest.

Untuk tempahan, sila hubungi:
Mr. Syahmi www.wasap.my/60167100048
Ms. Aiza www.wasap.my/60167233558
Ms. Urfa www.wasap.my/60167100073

BUFFET RAMADHAN 2022 DI JOHOR BAHRU

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *