Selera Warisan Ramadan Buffet Dinner Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan

Selera Warisan Ramadan Buffet Dinner Holiday Inn JBCC | Holiday Inn JBCC mempersembahkan Buffet Ramadan bertemakan “Selera Warisan” yang menyajikan aneka masakan warisan dari 13 negeri di seluruh Malaysia antaranya Kambing Golek Warisan dengan 33 jenis rempah ratus, Aneka Sup Tanjung, Asam Pedas Ekor, Bubur Lambuk, KetamBakar Percik dan banyak lagi. Terdapat juga live station seperti Medan Ikan Bakar, Warung Malam dan Lok Lok.

Jom tengok apa menu yang menarik di sini.

Kambing Golek Warisan diperap dengan 33 jenis rempah ratus. Dagingnya sangat lembut disediakan dengan aneka sos. Tengok saiz kambing tu kusss semangat besarnya.

Medan Ikan Bakar dan Lok Lok.

Antara menu yang enak digandingkan bersama nasi putih atau nasi beriyani.

Aneka Sup Tanjung. Nak pilih sup ni pun Ummi dah naik pening nak makan mana satu hehehe. Ummi cuba sup babat dan tulang.

Bubur Lambuk Daging dan Ayam.

Terdapat juga Lemang, ketupat palas dimakan bersama aneka serunding dan sambal kacang, rojak asma dan aneka kerabu.

Vietnamese Spring Rolls yang disediakan di pondok khas. Comel je dsediakan secara live.

Yee Mee Goreng, Mee Goreng, Kuey Tiaw Goreng, Chicken Burger, Beef Burger, Roti John, Sate Kambing, Sate Lembu dan Sate Ayam. Serious banyak betul pilihan makanan di sini uolls.

Aneka buah-buahan.

Aneka dessert. Pergi ke section ni je bertambah-tambah rambang mata. Rasa nak makan semua tapi sayang sebab comel hahaha.

Ummi Ilham’s Favourite:

Pilihan menu yang paling Ummi suka kat sini adalah kambing kuzi, kambing golek, ikan keli bakar dengan pencicah yang super sedap, vietnamese roll, serawa durian, murtabak daging dan roti canai, ayam grill dan bubur lambuk daging. Bubur lambuk daging dia tu ada sedikit unik rasanya. Memang rasa sedap sangat. Kambing kuzi pun cukup rasa, kambing golek lembut sangat isinya. Ikan keli bakar tu kan, sedap betul ratah tepi-tepinya tu sebab garing hehehe.

Vietnamese Roll tu mula-mula macam malaslah nak makan. Sekali dah cuba mak oiii sedap kena sangat dengan sosnya. Serawa durian tu kalau ada pulut lagi syok. Tapi Ummi suka hati bedal dengan lemang hahaha. Sedap aje. Haaa murtabak daging dan roti canai tu Ummi makan dengan kari ayam. Ya ampun kari dia sedap sangat. Banyak pilihan tau kat sini. Korang cubalah. Nak tengok gambar-gambar selebihnya boleh tengok kat facebook Ummi tu ya. kalau korang nak dapatkan harga early bird cepat-cepat grab sebelum 6 April ok.

Selera Warisan Ramadan Buffet Dinner Holiday Inn JBCC

7 April 2022 hingga 1 May 2022 | 6.30pm hingga 10.00pm

RM15

Dewasa – RM158.00 bersih (Beli 5 + PERcUMA 1)
⁣⁣Warga Emas – RM128.00 bersih (60 tahun ke atas)
⁣⁣Kanak-kanak – RM78.00 bersih (4 – 12 tahun)⁣⁣

????? ???? ???????
⁣⁣15 March – 6 April⁣⁣ 2022
?????/pax sahaja! ⁣⁣

Untuk tempahan, hubungi:
07-2078888 atau WhatsApp 011-51122168⁣⁣

Facebook: https://www.facebook.com/holidayinnjbcc
Instagram: https://www.instagram.com/holidayinnjbcc/

Buffet Ramadan 2022 Hotel & Restoran di Johor Bahru

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Selera Warisan Ramadan Buffet Dinner Holiday Inn JBCC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!