Review BS BOSS Espresso Coffee Machine

Review BS BOSS Espresso Coffee Machine

Review BS BOSS Espresso Coffee Machine | Alhamdulillah dah enam bulan berkhidmat. So far so good. Lama juga berfikir dengan Babah Ilham ni nak beli ke tak. Bukan sebab terikut-ikut orang, memang plan nak beli dah lama untuk keperluan sendiri. Tengah duk fikir nak beli yang mana, tup-tup ada kawan yang guna mesin ni. Haaa lagi senang nak buat rujukkan. Jadi Ummi menyopping la kat shopee beli jenama ni. Harga kena la dengan bajet yang ada. Rezeki hasil blogging, kita beli la benda yang boleh nampak hasilnya.

Video Unboxing BS BOSS Espresso Coffee Machine

Ada orang tanya, eh akak bukan ke tak suka kopi? Hurmmm susah nak cakap. Hati kita ni Allah yang pegang. Gituuuuu. Dulu benci sekarang suka gila. Siangku terbayang, malamku mengigau gitu kekdahnya hahaha. Tengah belajar-belajar lagi guna coffee machine ni. Kata Babah, Ummi belajar buat kopi, nanti dah pencen boleh bukak kedai kopi sebelahnya kedai gunting rambut Babah. Jangan tanya la bab latte art. Jarang tak failed! hahaha.

Setakat ni semua kelaut lagi. Nak buat love pun belum jadi dah rupa jantung manusia dah. Kalau jadi pun ada la iras-iras latte art sikit, ini ayat syok sendiri namanya kahkahkah. Kalau rajin Ummi study la sikit latte art kat youtube tu. Itu pun tak berjaya juga hahaha. Untuk penggunaan espresso machine ni selain dari tengok youtube Ummi mintak yang hasut Ummi beli ni ajar sekali cara guna hahaha. Kena juga rajin tengok cara menghasilkan espresso yang terbaik kat youtube tu. Join sekali group Sekolah Kopi. Dia punya beriya tu kerja la duk tengok orang seduh kopi je kan.

Review BS BOSS Espresso Coffee Machine

ANTARA CIRI-CIRI BS BOSS ESPRESSO COFFEE MACHINE

  • fungsi air panas, ekstrak dan wap
  • Sesuai untuk coffee powder, ground coffee beans
  • Saiz produk: 160 * 290 * 310 mm
  • Voltan: 240 V / 50 Hz
  • Kuasa: 1050 W
  • Kapasiti tangki air: 1.2 L
  • Tekanan: 20 Bar (20 bar pump pressure)
  • Masa membancuh: <20 s
  • termometer visual
  • Tetapan suhu setiap langkah adalah jelas sekali imbas, memang wajar
  • Kadar suhu:
    • 95℃ Efficient preheating temperature
    • 92℃~96℃ Extract coffee temperature
    • 106℃ Steam milk temperature

This is our small and simple Coffee Station at home.

Jadilah kan buat ada-ada. Itu pun hasil belajar dan join contest Kemas Rumah With Hani. Semangatlah sikit Ummi nak wujudkan cofee station ni hehehe. Acah-acah ngopi dengan Babah kat dapur nun. Tak pun acah-acah santai ngopi sambil belai pepokoks hehehe. Ok korang kat bawah tu Ummi share link mesin kopi kami. Kot berkenan boleh sambar seketul hehehe.

Link Shopee :

BS BOSS Espresso Coffee Machine With Water Filter Cartridge Pump

Hasil melatte dirumah >> Wordless Wednesday 89 – Iced Latte At Home

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 Comments

  1. alamak..ain pon tak suka kopi..pastu nak kena bercakap ke “hati ni Allah yang pegang” hhahahahahahhhaaha

    • hahaha dulu bau nescafe dlm opis punya lah akak x suka. siap cakap dlm hati jangan la aku ngandung ngidam minum kopi hahaha

  2. Fuyooo hebatnyaaa, boleh buat art dah… next time boleh laa datang beraya sambil mengopi yaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *