Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online | Permohonan Online ke Tahun Satu bagi ambilan 2023 dan 2024 akan dibuka bermula pada 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan).
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
- Permohonan melalui online: https://public.moe.gov.my/
- Permohonan manual di sekolah (APDM)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2023/2024
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024
- Sila layari https://public.moe.gov.my/
- Isi Butiran Lengkap – Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat lengkap.
- Cetak – Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT:
- Sijil Kelahiran Anak (salinan dan sijil asal
- Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan dan asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh akhir permohonan adalah 30 April 2022.
Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
PENTING!!! Sediakan juga buku kesihatan untuk melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak masing-masing.
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
Baca juga: Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 & Kalendar Akademik Sesi 2022/2023
FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM
Rasa lain dah kan suasana nak naik sekolah ni, dah tak semangat macam dulu dah.. moga Allah lindungi anak-anak semua…
betul sis. hari2 seriau je. tawakkal jek lah.