Forest City Golf Hotel Ramadhan Buffet 2021 – “Warisan Lagenda”

Pakej Buffet Ramadhan
Forest City Golf Hotel Ramadhan Buffet 2021 - "Warisan Lagenda"

Forest City Golf Hotel Ramadhan Buffet 2021 – “Warisan Lagenda” | Forest City Golf Hotel Ramadhan Buffet kembali lagi! @forestcitygolfhotel.

Tema tahun ini, Warisan Lagenda dimana ianya menampilkan lebih kurang 200 jenis masakan tradisional kampung yang sangat menyelerakan.

Antara menu yang pastinya menyelerakan adalah durian, durian goreng, serawa durian, pengat nangka, masakan tradisional Bugis Ayam Palepo resipi asli dari Makasar, crab rendang dan paling menarik sekali adalah gulai daging harimau menangis. Kalau nak cerita memang panjang.

Cepat buat tempahan sebelum 11 April 2021 untuk mendapatkan harga promosi early bird hanya RM78 nett untuk dewasa dan RM50 untuk warga emas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.


Harga biasa RM98.

Harga istimewa untuk frontliners RM78.

?16 April 2021 – 11 Mei 2021
⏳6:30pm – 9:30pm
?Tee-Off Restaurant, Forest City Golf Hotel


☎️ Untuk tempahan, sila hubungi 07-535 2288 / 07-535 2290

Jom korang kita jamu mata tengok makanan-makanan sedap yang Ummi dah cuba.

Antara stall yang terdapat di bahagian luar restoran. Ada macam-macam menu antaranya kambing golek, ikan bakar, dimsum, mee goreng, ketupat, rendang dan banyak lagi. Kambing golek tu serius sedap!

Aneka Ulam-ulaman. Kalau dah makan masakan kampung memang tak sah la kalau tak makan ulam-ulaman bersama aneka sambal yang ada kan. Tempoyak tu mantap uiiii.

Aneka kerabu. Masya Allah sedap semuanya Ummi cuba hehehe. Ummi memang peminat kerabu.

Aneka lauk pauk citarasa Melayu. Mana yang sedap? Nak dikatakan semua sedap. Paling special Gulai Daging Harimau Menangis. Must try tau!

Sejukkan tekak denga ais kepal. Ada banyak pilihan bahan-bahan membuat ais kepal. Pilihlah ikut selera memasing ya.

Yang dinantikan, nak menjamu selera durian yang sedap. Bukan setakat buah durian saja tau, durian goreng dan serawa durian pun ada,

Untuk pengetahuan korang booth durian hanya dibuka pada jam 8 malam. Nak makan durian fresh sila cari khemah Musang Berjanggut After Eight. Kenapa after eight? Sebabnya awal-awal berbuka puasa tak elok makan durian maklumlah seharian kita berpuasa kan.

Aneka desert. SYok betul Ummi bedal kuih-kuih tradisional yang ada. Onde-onder besar gila. Cheese tart nya pun sedap.

Thanks Mama Rayyen teman Ummi menjamu selera. Memang puas hati dengan semua menu Warisan Lagenda Buffet di Forest City Golf Hotel. Korang mesti cuba tau, Ini antara gambar pinggan-pinggan Ummi yang sempat disnap. Kupang tu montok ui. Astaghfirullahalazim. Meleleh air liur tengok gambar makanan hehehe.

☎️ Untuk tempahan, sila hubungi 07-535 2288 / 07-535 2290

Baca juga: Pakej Buffet Ramadhan 2021 Hotel & Restoran di Johor Bahru

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Forest City Golf Hotel Ramadhan Buffet 2021 – “Warisan Lagenda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!