SOP Di Stesen Minyak

SOP DI STESEN MINYAK

1. Bagi individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol/ pembelian barangan/ mengeluarkan duit di ATM, perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.

2. Bagi individu yang menggunakan surau dan tandas juga perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.

3. Individu yang mengisi minyak di mesin pam dan membuat transaksi melalui kad kredit/debit/ aplikasi dalam talian tanpa perlu masuk ke kedai dalam stesen minyak, mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MY Sejahtera/ manual.

4. Individu yang membuat transaksi atau membayar melalui tingkap pigeon hole tanpa memasuki kedai stesen minyak, tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.

5. Individu yang mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.

6. Bagi individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di setesen minyak, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.

7. Bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.

8. Manakala bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik (auto car wash), mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual kecuali jika membuat pembayaran di dalam kedai stesen minyak.

Kredit info: Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Loading

About Hernee Nazir 5506 Articles
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 Comments

  1. Kita selalaunya memang akan masuk dalam dan akan scan, jarang bayar kaunter, sebanya ada je benda nak di beli kat dalam tu, lagi-lagi nescafe tin dan telur pindang hahahahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*