Welcome Back Hernee!

Rambling

Welcome Back Hernee! | Akhirnya, tamat sudah 2 bulan tempoh cuti tanpa gaji. Ada yang tertanya-tanya kemana Ummi menghaibkan diri dari office. Ada yang terfikir Ummi cuti bersalin senyap-senyap hehehe. Macam-macam spekulasi korang ya. Ummi membuat keputusan mengambil cuti tanpa gaji demi anak bongsu yang istimewa ni. Alhamdulillah Syahid dah semakin sihat dan luka bekas pembedahan semakin pulih. Semoga sentiasa sihat hendaknya.

Berat rasa hati Ummi nak melepaskan Syahid, tapi apakan daya tugas hakiki menanti. Ummi terpaksa meninggalkan Syahid dan abang-abang di bawah jagaan Opah seperti biasa setelah lebih kurang 5 bulan Ummi menjaga mereka sepenuh masa. Semenjak PKP bermula dalam bulan Mac, Ummi bekerja dari rumah sehingga bulan Jun. Selepas selesai pembedahan lip and palate Syahid, Ummi sambung cuti tanpa gaji 2 bulan. Fuhhhh.. 5 bulan meninggalkan office nasib meja tak bersawang hehe.

Sebelum ke office, Ummi ikut sekali hantar Abang Syamil. Sukalah dia Ummi hantar hari ni.

Alhamdulillah, sampai di PTP. Nasib Babah pun staff PTP. Kalau tidak, Ummi dah sesat lupa jalan ke PTP. Ok tipu.

Ecehhhhh dah sampai level kayangan tingkat 6.

Sampai-sampai meja on PC dan notebook. Rupa-rupanya PC dah mensabotaj Ummi hahaha. Agaknya dia terkejut tengok Ummi sampai tak boleh log in terus hehe.

Toleh belakang meja, omaigod! pokok money plant Ummi dah menyembah rebah. Sampainya hatimu Om tak tolong siram pokok Ummi ni. Cepat-cepat Ummi rendam akarnya supaya sihat dan segar semula. Nanti Ummi repot semula. Sorry pokok.

Lunch hour, berdezup keluar makan dengan geng office. Dah lama tak makan Domino’s Pizza. Nasiblah korang kena layan tekak Ummi Ilhams yang teringin nak makan domino’s pizza. Dah lama gila kan tak keluar makan beriya.

Inilah menu yang kami makan tadi. Alhamdulillah kenyang. Balik office mengantuk kekenyangan. Ehhh :p

Lepas lunch hour tu menghitung waktu nak balik ke rumah. Ya Allah. Melampaukan Ummi Ilhams ni. Macam budak baru nak mula kerja dia punya feel. Semoga dipermudahkan urusan Ummi sepanjang hari. Aaamin.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Welcome Back Hernee!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!