FLERR Air Freshener & FLERR Signature Fragrance (Special Edition) Pewangi Paling Laris Di Pasaran

Products Review

FLERR Air Freshener & FLERR Signature Fragrance Pewangi Kereta & Badan Pilihan Ramai | Assalamu’alaikum. Ummi nak kongsikan dengan korang our new favourite air freshener dalam kereta. Ummi ni sejenis cerewet tau bab-bab wangian dalam kereta mahupun rumah. Sebab Ummi sejenis tak boleh terima bau-bau wangian yang agak keras. Konfem pusing kepala. Nasiblah Babah memahami. Tup-tup dia balik kerja bawa balik FLERR Air Freshener dan FLERR Signature Fragrance (Special Edition) ni. First impression tengok packaging nampak menarik. Adakah benar menarik? Let see.

FLERR Air Freshener

FLERR Air Freshener ni boleh dijadikan pewangi rumah, kereta, tandas, almari dan lain-lain. Terdapat 21 jenis wangian FLERR Air Freshener:

  • Honey Paris
  • Lille Vanilla
  • Toulouse Apple
  • Caen Lemon
  • Orly Orange
  • Eze Freesia
  • Orked
  • Lorraine Lime
  • Marseille Lavender
  • Nancy Strawberry
  • Cannes
  • Le Lens
  • Lorient
  • Nantes
  • Honfleur
  • Le Mans
  • Lyanne Relms

Wangian terbaru:

  • Tropical Rain
  • Melon Cucumber
  • Caramel Coffee
  • Citrus Lily
  • Sugar Babe

Kalau nak tahu, favourite Ummi dan Babah adalah haruman CANNES. Bau daun pandan macam bau daung pandan dah dibuat bunga rampai ye juga hehe. Korang pernah tak masuk bilik pengantin dengan bau haruman bunga rampai semerbak mewangi? Haaaaa.. kalau korang cuba guna bau Cannes ni, memang korang akan fefeeling “pengantin baru” gitu. Oppppssss.. maksud Ummi bau bilik pengantin baru la hehehe.

Setiap botol FLERR Air Freshener ni mampu bertahan sehingga 45 hari uolls. Lama tu sebulan lebih harga pun tak lah mahal mana.

Sebotol ni berharga RM10 je. Murah je.

Kenapa korang perlu dapatkan FLERR Air Freshener ni?

  • Menghilangkan bau hapak yang tidak menyenangkan di dalam kereta mahu pun kediaman.
  • SELAMAT tanpa kesan toksik
  • Bebas methanol
  • 100% pati asli yang diimport dari France.
  • Boleh dijadikan sebagai aromaterapi
  • Kotak yang menarik, sesuai dijadikan ‘door gift’
  • Mampu bertahan selama 45 hari

FLERR Signature Fragrance (Special Edition)

Dah cerita pasal FLERR Air Freshener, kita beralih pula pada FLERR Signature Fragrance (Special Edition). Pewangi badan jenis Eau de Parfum (EDP) yang mampu bertahan sehingga 8 jam.

Ada 3 jenis wangian dalam satu kotak cantik ni tau.

  • FLERR Signature Fragrance (Rose Gold) – diinspirasikan dari Honey Paris dengan bau manis buah tembikai susu. Memang rasa fresh gila!
  • FLERR Signature Fragrance (Gold) – diinspirasikan dari campuran floral, woody dan citrus yang menghasilkan bau yang sangat sophisticated!
  • FLERR Signature Fragrance (White Gold) – diinspirasikan dari Lille Vanilla, mempunyai bau yang kompleks dan lembut dengan aroma yang memukau.. gitu!

Sekotak ni harganya RM39.90

Kenapa korang kena cuba FLERR Signature Fragrance (Special Edition)?

  • Mampu bertahan selama 8 jam
  • Sugar Cane Alcohol (alkohol yang lebih selamat & environmental friendly)
  • Kandungan 17ml setiap botol dan 51ml 1 set (3 botol)
  • Semburan sebanyak 250 kali 1 set
  • Boleh dsembur selepas mandi untuk kesegaran berpanjangan (sembur di bahagian leher, belakang telinga, pergelangan tangan, lengan & dada)
  • Saiz comel, boleh dibawa kemana saja
  • Unisex, boleh digunakan oleh lelaki mahupun wanita
  • Harga mampu milik

Abang Syamil salah seorang peminat FLERR Signature Fragrance (Special Edition) – Gold tau. Sibuk je lepas mandi suruh Ummi spray kan kat baju dia haha. Ummi pula suka yang Rose Gold. Bau manis macam nak makan ekeke.

Kalau korang nak cuba, kedua-dua jenis pewangi yang Ummi kongsikan ni, FLERR Air Freshener & FLERR Signature Fragrance (Special Edition), korang bolehlah contact nombor di bawah ni ya atau boleh jengah social media berikut untuk maklumat lanjut.

HAZRED SQUAD ENTERPRISE

Call/ Whatsapp: 017-784 5028

Loading

Related Posts

One thought on “FLERR Air Freshener & FLERR Signature Fragrance (Special Edition) Pewangi Paling Laris Di Pasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!