Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke-2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan!

Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke-2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan!

Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke-2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan!

November ini, Paradigm Mall Johor Bahru akan menyambut ulang tahun yang ke-2 dan pelbagai aktiviti serta promosi hebat menanti anda seisi keluarga! Sambutan Fabulous 2 ini akan bermula dari 25 November 2019 sehingga 1 Januari 2020, menawarkan pengunjung dengan pelbagai hadiah menarik lebih daripada RM88,000 apabila mereka membeli-belah di Paradigm Mall Johor Bahru. 

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management, Selena Chua berkata, “Sejak pembukaan secara rasmi pada bulan November 2017, Paradigm Mall Johor Bahru telah menjadi destinasi pusat beli-belah, tempat makan dan hiburan buat pengunjung tempatan mahupun rakyat Singapura. Kami amat menghargai sokongan daripada pihak pengunjung serta kedai-kedai yang terlibat sehingga ke hari ini.” 

Sambutan Fabulous 2 bakal menyaksikan pelbagai jenis aktiviti menjelang sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu. Antaranya termasuklah kempen The Christmas Advent Calendar, Shopaholic of the Day dan Cupcake Giveaway

Kata Selena lagi, “Kami amat teruja untuk meraikan ulang tahun yang ke-2 Paradigm Mall Johor Bahru. Bagi meraikan majlis yang riang gemilang ini, kami telah mengaturkan beberapa aktiviti serta hadiah yang menarik buat pengunjung kerana kesetiaan dan sokongan mereka yang tidak terhingga selama ini.” 

The Advent Calendar Diinspirasikan oleh ‘Christmas Advent Calendar’ yang popular, pengunjung harus berbelanja sekurang- kurangnya RM112.80 dalam satu resit untuk memenangi ganjaran dan hadiah eksklusif bermula dari 25 November ke atas.* 

Shopaholic of the day Perhatian buat anda yang sakan membeli-belah! Pusat beli-belah ini akan memberikan ganjaran kepada tiga pengunjung yang paling banyak berbelanja dalam sehari dengan hadiah-hadiah hebat seperti Iphone 11, Ipad Air, Huawei Mate 30 dan Pengering Rambut Dyson sepanjang bulan November dan Disember ini.* 

Cupcake Giveaway Bersempena dengan ulang tahun ke-2 Paradigm Mall Johor Bahru, pengunjung juga bakal menerima kek cawan buatan tangan dengan corak yang menarik pada 28 November 2019.* 

Pastikan anda ingat akan tarikh ini dan berkunjung ke Paradigm Mall Johor Bahru untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, layari laman web dan platform media sosial pusat beli-belah ini seperti berikut: 

Laman Web Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb

Facebook Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB

Instagram Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/ 

*Tertakluk pada terma dan syarat 

57 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!