Perasmian Chillax Market di EduCity Sports Complex Iskandar Puteri

Perasmian Chillax Market di EduCity Sports Complex Iskandar Puteri

Perasmian Chillax Market di EduCity Sports Complex Iskandar Puteri | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah Ummi berkesempatan menghadiri majlis perasmina Chillax Market di EduCity Sports Complex Iskandar Puteri. EduCity sebagai hub pendidikan telah berjaya mengumpul 5,000 pengunjung termasuk pelajar dari 9 buah universiti sekitar Iskandar Puteri, staff dan usahawan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), X Johore Motorsports Scene dan masyarakat setempat.

EduCity dengan kerjasama PUJB telah melancarkan CHILLAX MARKET. Usahasama ini bertujuan untuk menggalakkan semangat keusahawanan di kalangan pelajar. Ia juga membantu meningkatkan kebolehan bersosial di kalangan pelajar dalam menambahkan lagi potensi dan peluang dalam dunia pekerjaan.

Ketibaan para VIP untuk merasmikan Chillax Market.

Ucapan alu-aluan oleh Managing Director EduCity Iskandar Malaysia, Encik Wan Ahmad Saifudin Wan Ahmad Radzi.

Chillax Market telah selamat dirasmikan dengan jayanya oleh YB Sheikh Umar Bhagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor.

Gimmick pelancaran Chillax Market.

Sementara itu Jimi Maskot SUKMA 2020 yang bakal dilangsungkan di negeri Johor pada Julai 2020 juga turut serta dalam pelancaran Chillax Market. EduCity bakal menjadi hos bagi sukan bola jaring dan bola sepak pada acara SUKMA 2020.

Sesi penyampaian cenderahati kepada YB Sheikh Umar Bhagharib Ali.

Seterusnya sesi walk about VVIP ke booth dan food truck para usahawan.

Chillax Market disertai oleh 44 Perusahaan Kecil dan Sederhana – Small & Medium Enterprises (SME) di Johor termasuk peniaga-peniaga food truck. Sebahagian daripadanya di bawah kelolaan dan milik Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB). Terdapat 15 booth yang dimiliki oleh pelajar dan staff yang mana ianya sebahagian daripada “Real-Life Entrepreneurship Challenge” yang telah diaturkan oleh EduCity Iskandar Malaysia.

Persembahan dari Voice of Percussion. Best gila! Syok Ummi tengok.

Perasmian Chillax Market di EduCity Sports Complex Iskandar Puteri

Persembahan dari Terang Bulan. Yang ni pun best tau. Well Ummi memang layan je apa-apa muzik hehehe.

Ok orang Gelang Patah, Iskandar Puteri dan sekitarnya jom ramai-ramai memeriahkan lagi Chillax Market di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri setiap hari Rabu jam 3 petang. Insha Allah Ummi nak ronda-ronda lagi. Best tau banyak makanan sedap-sedap hehehe. Booth pun banyak best-best. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di Chillax Market adalah termasuk pakaian dan aksesori yang direka khas oleh pelajar Faculty of Fashion Design dari Raffles University, booth maklumat univerisiti, essential oil, organic soap, pre-loved items, alat solek dan aneka makanan dan minuman serta kraftangan dan juga perkhidmatan e-Scooter (TRYKE) dan henna art. Ok jangan tak datang tau uolls!

CHILLAX MARKET

Dibuka setiap hari RABU jam 3.00 petang

Lokasi: EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EduCity Sports Complex, boleh baca entri Ummi di bawah ni ya:

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Baca juga: Yok Round Chillax at EduCity Sports Complex – 26 Feb 2022

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

5 Comments

  1. Dari malam tadi bukak gambo kuar separuh aje huhuhu tapi takpe kita komen aje ni..
    Tahniah buat semua, nampak meriah sangat…nanti nak jugalah ajak geng sekolah pi..takut memborong plak Sis ko kang hahahaha

    • Hernee Nazir

      hahaha dah start slow la tu hehe.. sila terjah ye sistur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *