Pengesahan Arah Kiblat selaras dengan fenomena astronomi pada 16 Julai 2019.
Kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada: Selasa | 16 Julai 2019 | 5.27 petang
Semakan dan pengesahan arah kiblat (terhadap Kaabah di Makkah) boleh dibuat dengan melihat bayang-bayang objek tegak pada masa yang ditetapkan.
- Dinding bangunan
- Tiang elektrik
- Rangka tingkap yang tegak
- Gantung objek berat dengan tali
Bayang-bayang objek tegakakan menghala ke arah Kaabah pada masa ini. Penampilan bayang-bayang ini bergantung kepada keadaan cuaca pada masa itu.
*Fenomena ini berlaku dua kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.
Infografik: Bernama
Sumber: Planetarium Negara