Tawaran Menulis Buku – Anekdot Perjuangan Penyusuan Susu Ibu

Tawaran Menulis Buku – Anekdot Perjuangan Penyusuan Susu Ibu

PELUANG UNTUK MENULIS DAN MILIKI BUKU SENDIRI TENTANG PENGALAMAN PENYUSUAN

Kami mencari ibu-ibu yang serius ingin berkongsi pengalaman penyusuan dan penulisan ini akan dibukukan dan diterbitkan. Seronok kan?

Untuk ibu-ibu yang ingin rebut peluang ini, baca sehingga habis ya supaya tidak terlepas info penting di bawah 👇🏻👇🏻

===================================

Indahnya saat menyusukan si manja. Menatap wajah mugil dan comel membuatkan si ibu sering terbuai dengan asyiknya mendakap dan membelainya.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. (Surah al-Baqarah, 2:233)”

Namun, tidak semua ibu-ibu melalui saat indah proses penyusuan si manja. Ada diantara kita yang menghadapi pelbagai cabaran dalam melunaskan amanah penyusuan ini.

Masalah kesihatan ibu, penyusuan anak pra-matang, cabaran ibu bekerjaya yang tidak mendapat sokongan majikan atau lain-lain kisah penyusuan anda yang mungkin sangat terkesan dan pasti memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain di luar sana untuk mejayakannya.

Pernah terfikir akan berkongsi perjuangan menyusukan si comel anda dalam bentuk penulisan buku? Mana tahu, ada ibu lain di luar sana yang sedang mencari kekuatan, berjuang menyusukan si manja.

Ayuh sertai kami. Kongsikan pengalaman penyusuan anda.

“Ikatlah ilmu dengan tulisan.” (HR. Thobrani dan Hakim)

ANEKDOT PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU

👶🏻Tema: Kisah Penyusuan Susu Ibu
💻Penyelenggara: KSPSIJB
💡Konsep : Kisah Inspirasi dan Motivasi
📋Format : 5 halaman A5, jarak 1.5 baris, dan fon Times New Roman saiz 11.

Setelah siap, sila hantar karya anda ke kelabsusuibujohor@gmail.com, selewat- lewatnya 25 Julai 2019 untuk penilaian.

📇Sertakan 1 halaman biodata ringkas (tiga baris dengan fon Arial saiz 12) dan gambar bersama Si Manja

📚30 karya yang memenuhi kriteria tema, bahasa dan konsep anekdot akan dipilih sebagai kandungan buku sempena BULAN PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA pada bulan Ogos 2019 nanti.

📚Karya yang terpilih sahaja yang akan diterbitkan. Setiap karya yang tersiar perlu buat pembelian minimum 10 naskah

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *