10 Sebab Anda Perlu Shopping Sakan di YFS Raya Sales

Fashion

10 Sebab Anda Perlu Shopping Sakan di YFS Raya Sales | Assalamu’alaikum.. Hai korang, tengah sibuk buat persiapan raya ke tu? Mestilah kan. Raya setahun sekali mesti nak tukar baju baru ye tak. Minggu lepas Ummi ronda-ronda ke AEON Tebrau. Sekali ternampaklah poster Raya Oh Raya YFS Raya Sales masa Ummi melinats depan outlet YFS. Tak lengah, Ummi singgah cuci mata sekejap sambil nak jeling-jeling seluar dan baju raya Babah.

Setelah Ummi belek-belek dan TERbeli pakaian di YFS Concept Store ni, Ummi dah buat kesimpulan sendiri kenapa korang kena shopping sakan di YFS Raya Sales. Korang bacalah kata bawah tu. Baca tau! Rugi kalau tak baca memang korang melepaslah shopping dengan harga berbaloi.

1. Harga Berpatutan

Kalau nak beli sesuatu barang of course lah kita focus tang harga tu kan. Pada Ummi, harga pakaian baik seluar, baju mahu pun beg di YFS ni sangatlah berpatutan. Mana nak dapat harga macam tu oiii. YFS Raya Sales harga serendah RM20. Kau hadoooo???

2. Jimat Wang, Masa dan Tenaga

Kenapa Ummi kata macam tu? Sebabnya dah la harga tak masuk akal, dapat pulak jimat masa dan tenaga tak payah melilau-lilau cari outlet lain semuanya ada dalam satu outlet. Nak baju murah ada, seluar murah ada. Pendek kata sekali shopping je dah complete set baju raya korang tau. Tak ke jimat wang, masa dan tenaga namanya tu. Maklumlah shopping dalam bulan Ramadhan ni kena simpana tenaga sikit ye dok? Hehehe.

3. Promosi Raya Besar-besaran

Untuk tahun 2019, YFS memang buat raya sales besar-besaran uolls. Tak ke rugi kalua tak grab. Sekarang orang semua nak berjimat. Bila dapat tahu YFS Raya Sales ni berlangsung dalam masa sebulan terasa la hai ruginya Ummi lambat dapat info ni. Jangan tunggu lama-lama uolls. Raya dah nak dekat cepat terjah YFS ada masa lagi ni.

4. Kualiti Pakaian Setanding “Designer Items”

Tang kualiti pakaian ni memang Ummi puji. Memang setanding dengan kualiti “designer items” tau. Tak percaya korang cubalah shopping kat sini. Tengok Ummi tipu ke idok. Memang tak masuk akal. Harga murah kualiti terbaik.

5. Pelbagai Pilihan Saiz

Yang ni pun Ummi duk perhati. Di YFS Concept Store ada pelbagai pilihan saiz. Jadi korang jangan bimbanglah confirm ada saiz untuk korang nanti. Ummi dah belek dah. Nasib ada saiz Ummi ekekeke.

6. Fashion Up To Date

Kalau tengok pakaian di YFS Concept Store ni semuanya up to date tau. Maknanya korang tak nampak outdated la. Kena pandai mix and match confirm baju yang harga tak masuk akal murah gile tadi tu nampak cun melecun bila korang pakai tau. Bertepatanlah dengan slogan “Style with attitude. Massive fashion for passion”. Untuk yang bekerja memang cantik-cantik blouse dan kemeja di YFS. Ummi ni rasa buntu nak beli baju raya ke baju kerja hahaha.

7. Staff Yang Peramah

Ini salah satu faktor utama Ummi suka bila masuk je dalam YFS Concept Store. Staff YFS memang ramah tamah uols. Sangat-sangat membantu pelanggan bila nak mencari saiz pakaian. Sabar je lah diorang layan Ummi ni. Kejap  nak tuakr saiz tu, kejap tukar saiz ni. Pada Ummi staff yang peramah ni memang asset company tau.

8. Top 10 Best Family Store

Korang jangan tak tahu, YFS Concept Store ni antara “Top 10 Best Family Store”. Setanding dengan Padini, FOS, Brands Outlet tau. Ramai rupanya yang bijak berbelanja dengan memilih YFS ni sebagai family store mereka

9. Susun Atur Pakaian Yang Kemas

Korang suka ke kalau ke outlet yang serabut, susunan pakaian ala kadar. Staff biarkan baju sepah sana sini. Tak suka kan? Nak pilih baju pun hilang mood. Kalau korang masuk YFS ni korang mesti suka tengok susun atur pakaian yang kemas memudahkan pelanggan nak mencari pakaian pilihan masing-masing. Senanglah proses nak mix and match tu nanti.

10. Jaminan Penukaran Pakaian Dalam Masa 3 Hari

Andai kata korang tersilap saiz baju terbesar atau terkecil, jangan risau. Simpan resit, korang datang semula ke outlet YFS dan korang boleh tukar dengan saiz lain dalam masa 3 hari dari hari pembelian.

Ok, cukup 10 sebab kenapa korang kena shopping sakan di YFS Raya Sales. Pada Ummi memang berbaloi-baloi shopping di YFS Concept Store. Baju tu bukan saja boleh pakai masa raya tapi boleh juga pakai ke pejabat. 2 in 1 gitu kan. Jimat ke tak kalau gitu? Of course lah jimat sesangat.

Jangan lupa terjah YFS Concept Store tau. Promosi YFS Raya Sales berlangsung sehingga 9 June 2019. Dengan pembelian RM200 korang layak dapat cash voucher RM50. Berbaloi sangat ui. Selamat shopping raya uols!

YFS Concept Store “Best Prices for Your Everyday Shopping”

WEBSITE – YFS CONCEPT STORE
INSTAGRAM – YFS CONCEPT STORE

Loading

Related Posts

One thought on “10 Sebab Anda Perlu Shopping Sakan di YFS Raya Sales

  1. Memang berbaloi dan banyak pilihan..
    Blouse wanita dia semua cantik-cantik…dan Sis kau pun TERbei juga hahahaha…
    Nanti boleh pergi lagi hehehhee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!