Assalamu’alaikum..

Peringatan buat semua muslimin dan muslimat, penentuan arah kiblat iaitu Fenomena Istiwa Adzam.
Setiap individu boleh melakukan kaedah Istiwa Adzam namun masanya perlu tepat iaitu pada jam 5.16 petang (12.16pm waktu di Masjidilharam)
Semakan arah kiblat boleh dilakukan di mana-mana tempat berdasarkan kepada rujukan bayang matahari pada tarikh dan masa berkenaan. Ianya membantu menentukan arah kiblat dengan tepat. Korang boleh menggunakan apa saja objek seperti batang kayu untuk menentukan arah kiblat melalui bayang-bayang. Arah kiblat arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu iaitu dari hujung bayang dan menghadap ke arah objek.