
Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2020 dan 2021 kini dibuka pada 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
- Permohonan melalui online:
https://public.moe.gov.my/ - Permohonan manual di sekolah (APDM)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2020/2021:
- 2013 dan kini (berumur 6 tahun pada 2019)
- 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau
- yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019)
CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 SESI 2019/2020
- Sila layari https://public.moe.gov.my/
- Isi Butiran Lengkap – Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat lengkap.
- Cetak – Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT:
- Sijil Kelahiran Anak (salinan dan sijil asal)
- Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan dan asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh akhir permohonan adalah 30 April 2019.
PENTING!!! Sediakan juga buku kesihatan untuk melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak masing-masing.
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.