
7/365
Sendirian atau Ber-2?
Ber-2
Siapa pun tak mahu sendiri, maka semua pun mahu ber-2 untuk membunuh sunyi.
Ber-2
Semua mahu bersama yang dicintai, melakar angan-angan & cita-cita di ruang langit biru maha luas Ilahi.
Ber-2
Ramai yang tersalah pilih teman di sepanjang jalan kehidupan kerana nafsu, rupa, harta benda & nama jadi taruhan.
Ber-2
moga jita jumpa yang mampu mengingatkan kita tentang kematian agar pada setiap saat yang berjalan, kita sedar semuanya pinjaman.
Ber-2
Bahayanya luar biasa jika tiada ikatan sah kerana syaitan akan menghasut hati untuk sentiasa nampak cinta itu suci walaupun belum halal lagi.
Ber-2
Semua mahu cari manusia sebagau peneman, tetapi sering lupa oeneman setia hingga hujung nyawa hanya Tuhan. Tak mengapa jika masih sendiri.
Isi ruang. Ini peluang untuk lebih kenal diri & Ilahi sebelum ber-2 nanti.
InshaAllah, jika digunakan masa sendiri ini sebaik-baiknya dengan Agama., kita akan terjaga dan akan ditemukan dengan yang menjaga Agama.
Semoga berjaya!
Credit: Dr. Anwar Fazal
Tak pernah rasa sendiri….sebab Allah kan Ada .. 🙂