Assalamualaikum semua..
Minggu lepas Ummi berpeluang menyaksikan perasmian FootGolf pertama di Johor Bahru iaitu di Pulai Springs Resort. Wahhhh memang teruja tau tengok diorang beraksi. Maklumlah baru pertama kali permainan ni wujud di negeri Johor dan kedua di Malaysia. Kiranya Pulai Springs ni antara yang pertama memperkenalkan permainan FootGolf. Nasiblah Ummi ni tengah memboyot bawa perut kalau tak memang Ummi join sekali tendang bola keliling padang golf tu tau hehehe.
Short video khas sebagai preview sepanjang aktiviti FootGolf tempohari.






Team wanita sempat posing.. sporting sangat diorang ni 😉


Juga disediakan Pulai Springs FootGolf Course Layout untuk rujukan pemain.


Pemain sedang gigih merekodkan jumlah tendangan masing-masing.

Ms. Michelle sedang beraksi disaksikan oleh pemain-pemain lain yang menanti giliran tendangan.

Barisan ‘orang-orang kuat’ Pulai Springs Resort dan FootGolf Malaysia yang juga tidak melepaskan peluang beraksi.

Kami sangat teruja dan bangga kerana melancarkan padang footgolf pertama dia bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Keindahan sukan ini ialah sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dan berseronok ~ Mr. Sunny Soo, Pengurus Besar Pulai Springs Resort
Ini adalah inisiatif baru yang hebat iaitu penggabungan bola sepak dan golf serta sukan yang menyeronokkan bagi semua lapisan masyarakat. Ia sesuai untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Permainan ini mempunyai peraturan yang sama seperti golf dan hampir semua orang boleh bermain termasuk dewasa dan kanak-kanak. Anda tidak boleh kehilangan bola, anda tidak memerlukan peralatan mahal dan anda tidak memerlukan latihan ~ Mr. Jason Winter, Pengarah Urusan FootGolf Malaysia.
< p style=”text-align:center”>Acara terakhir penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kategori lelaki dan wanita.

< p style=”text-align:center”>Tempat kedua, Ms. Daisy dari Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Tempat pertama, Ms. Michelle Lew.

Pemenang kedua kategori lelaki.

Pemenang pertama kategori lelaki, tuan guru besar.

FOOTGOLF PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR BAHRU
Masa:
8.00am to 12.00noon (sesi pagi)
12.00pm to 6.00pm (sesi petang)
HARGA PENGENALAN FOOTGOLF
9 HOLES:
✔ Hari Biasa (Isnin – Jumaat) KadarBiasa: RM20+ seorang
✔ Hujung Minggu (Sabtu & Ahad) Kadar Biasa: RM30+ seorang
18 HOLES:
✔ Hari Biasa (Isnin – Jumaat) KadarBiasa: RM30+ seorang
✔ Hujung Minggu (Sabtu & Ahad) Kadar Biasa: RM45+ seorang
Dapatkan kadar istimewa bagi yang berkumpulan.
Pemain boleh memilih untuk membawa bola sendiri atau menyewa.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan slot anda, boleh kunjungi website
http://www.pulaisprings.com/Promotions/Promotions/FootGolf-at-Pulai-Springs-Resort