Assalamualaikum..
Bulan raya haruslah berderet-deret cerita pasal raya kan. Sila jangan bosan ya hehe. Menu juadah pagi hari raya pertama kami, nasi impit, kuah lodeh, ayam masak merah dan rendang daging. Kari ayam dan kuah lodeh yang Mak Teh dan Mak Tam masak dah selesai semalam. Kari ayam tu ada masalah teknikal sikit pagi tengok dah tak boleh makan. Bukan rezeki kami. Jadi gigih la Ummi punya turn bersilat kat dapur di pagi raya dengan bantuan Mak Tam dan Mak Cu.
Nasi impit
Kuah lodeh air tangan Ummi Ilhams.
Ayam Masak Merah air tangan Ummi Ilhams lagi.
Rendang Daging air tangan Mak Tam.
Alhamdulillah. Tahun ni mak-mak 80an yang bersilat kat dapur Atok Tipah hehehe. Menu simple je. Menu raya paling basic la tu hehe. Lauk pauk ni bertahan sampai ke petang. Jadi tak payah la masak berkali-kali. Yang penting anak-anak Ummi haruslah ada nasi putih ok. Diorang mana layan ketupat dan nasi impit ni semua. Malam kami dah beraya ke rumah Pak Ngah, pastinya ada menu special yang disajikan. Next entry, kita cerita kisah raya di rumah Pak Ngah ya.