Ramadhan 2018 – Day 6

24/05/2018

Good Morning & Assalamualaikum 😉

Hai kome. Malas bebenor Ummi nak update blog semalam haha. Jadi sesubuh sepiee ni Ummi update la pending draft cerita Ramadhan kami. Hari Selasa Ummi gantung periuk sebab Mommy Ngah ajak berbuka puasa di rumah dia.

Apa menu yang Mommy Ngah masak? Jom tengok. Apa yang penting salah satu menu tu requested by anak Mommy hehe.

Mee hoon goreng

Ayam Red requested by Abang Ilham

Kentang masak lemak bersama telur

Kacang buncis goreng

Ayam goreng

Roti telur

Kuih sagu.

Alhamdulillah meriah rezeki. Semua dimasak oleh Mommy Ngah. Ummi datang lenggang kangkung je. Mommy masak jarang la tak sedapkan hehe. Sehingga menjilat jari gitu. The Ilhams pun kemain berselera. Thanks Mommy and Daddy Ngah ajak kami berbuka puasa. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Nah saja nak simpan RESEPI KUIH SAGU sebab sedap macam nak cuba buat nanti.

Kuih Sagu

Oleh: Azie Kitchen

Bahan- bahan:

2 1/2 cawan air

1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah

Sedikit kelapa putih + sedikit garam – gaul

Cara cara:

Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir.Kacau sehingga pekat.

Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 – 30 minit).Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.
Share this nice post:

2 Comments

  • Sis Lin

    24/05/2018 at 11:08 am

    Shedapnyaaa menu awak, sesekali mai le hantar ke sini tukar pinggan hehehe

  • Seri Kandi Tanah Jauhar

    24/05/2018 at 2:17 pm

    kita suka yg lembutttttttt.. yg menggeletar bila di pegang

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: