Assalamualaikum..
Bulan Ramadhan bakal muncul dalam lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Ramadhan bukan sekadar bulan yang diwajibkan berpuasa, malah kita juga diharuskan melakukan segala amal kebajikan untuk bekalan di akhirat kelak. Amalan bersedekah adalah amalan yang amat digalakkan dalam usaha membantu meringankan beban golongan asnaf dan mereka yang benar-benar memerlukan.
Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Seperti kebiasaan sepanjang Ramadhan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menganjurkan program Nur Ramadhan.
Program ini diadakan di 13 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dihadiri golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan.
Dengan ada program ini, ianya membantu pihak MAIWP untuk menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang layak. Sejumlah RM1.35 juta telah disalurkan kepada 9,000 orang penerima di mana setiap mereka menerima RM150.
Dalam kemuncak program Nur Ramadhan pada 16 Jun, MAIWP turut menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM100,000 kepada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Melalui kerjasama yang sebegini, penyaluran bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan telus dengan kos penganjuran program yang lebih minimum. Program ini turut melibatkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary, dan Yayasan Wilayah.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Semoga dengan adanya program Nur Ramadhan ini, mampu membantu dan meringankan beban lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan. Usaha yang berterusan dengan kerjasama pelbagai pihak mampu memberikan senyuman kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Alhamdulillah
program yang bagus
alhamdulillah..kurang beban kan..
alhamdulillah..usaha yang baik..kita ada program takk bulan puasa? ekeke
mcm nak buat program berbuka kita2..amacam? kalai ada yg blh handle utk kutipan derma cun gak
Bagus program macam ni, membantu mereka yang betul-betul memerlukan
Alhamdulillah… Gmbira mereka bila dibNtu mcm ni
Tangan yg mberi lebih baik dri tgn yg menerima kan..seronok golongan asnf dpt bantuan camni..
bagusnya program mcm ni
kan rezeki mereka
alhamdulilah kurang beban mereka, dkt raya byk nak pakai duit ni..
betul tu rezeki
Bagus sangat bila ada bantuan macam ni, dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
terbela sikit nasib dorang
Program yang baik.
betul tu papa glamz
seronok tgok program2 cenggini..sekurangnya dpt membantu mereka yang memerlukan
kan kita tumpang seronok..
Alhamdulillah.. mmg bagus program.nie sekurang2nya golongan asnaf dapat merasai kenikmatan yg sama spt kita semua..
kan awak..kurang sikit bebanan diorang
Alhamdulillah… Semoga program sebegini meringankan bebaban mereka yang memerlukan.
Program gini harus diteruskan di masa akan datang.
insha Allah mudah2an,,
Sumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah…
betul tu awak,,
Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
Alhamdulillah ada program sebegini
#hebatkannegaraku
syukur sesangat kan
Bagus ada program macm ni,at least mereka yang susah dibantu
tu lah terbela sikit..
Moga program sebegini diadakan selalu…
betul kena berterusan
alhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.
syukur sesangat ada bantuan macam ni
Semoga usaha murni ni akan diteruskan pd setiap tahun. Syukur masih ada yg prihatin.
aamiin mudah2an berterusan..
Alhamdulillah~ bagus ada sumbangan macam ni 🙂
tu lah syukur ada yg membantu