Misi Dekad Baharu Johor Dalam Merealisasikan Visi Johor Berkemajuan

Info Sharing

Dekad Baharu Johor

Hai selamat malam korang. Saja malam ni Ummi nak kongsikan info mengenai Pencapaian Negeri Johor dan Dekad Baharu Johor yang diterajui oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Kata anak jati Johor kan, mestilah cerita pasal Johor lebih sikit ekeke. Ok jom baca!

Sejak Mei 2013, pentadbiran Kerajaan Negeri telah memperkenalkan banyak inisiatif yang meletakkan keperluan dan hasrat Bangsa Johor sebagai keutamaan. Misi mereka adalah memastikan rakyat yang meletakkan amanah dan bergantung harap kepada Kerajaan yang bekerja untuk mereka merasai sendiri inisiatif-inisiatif yang diwujudkan. Misi pembangunan negeri Johor tidak akan berhenti pada disini. Johor yang akan menjadi kuasa ekonomi dan berkemajuan untuk diri kita, keluarga dan negeri ini.

MISI JOHOR SELARI DENGAN WAWASAN 2020

Misi Dekad Baharu Johor adalah selari dengan Wawasan 2020 yang mana segala dasar dan agenda pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri mengambil kira keserasian dan kesesuaiannya dengan dasar dan agenda besar di peringkat nasional, begitu jugalah dengan gagasan Dekad Baharu Johor ini

MISI MEMBANGUNKAN DEKAD BAHARU JOHOR

Memetik kata-kata YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, beliau dengan sedaya upaya akan berusaha membawa negeri Johor kepada satu pembangunan yang bersifat inklusif lagi bersepakat, pentadbiran yang mesra rakyat lagi telus, membentuk dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang berasaskan limpahan yang saksama, serta pembangunan yang mengutamakan pencapaian’’

Asas dalam Dekad Baharu Johor:
  1. Johor kini telah berada di landasan yang membolehkannya melonjak lebih jauh dalam segenap dimensi pembangunannya.
  2. Johor adalah negeri dan wilayah yang sarat dengan potensi.
  3. Johor memerlukan kecerdasan baru atau ‘new big ideas’.
  4. Kita berada dalam dunia yang telah berubah dek ledakan teknologi dan sains termaju.
  5. Kita memerlukan cerita baru untuk setiap dasawarsa.
Antara fokus yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut:
  1. Prasarana Johor akan dibangunkan pada skala besar-besaran.
  2. Perubahan drastik struktur ekonomi Johor dengan berpaksi dan berorientasikan ekonomi masa hadapan.
  3. Memantapkan tatakelola kerajaan dan governans yang sesuai dengan keperluan dekad mendatang.
  4. Menggandakan usaha besar-besaran untuk memastikan setiap putera-puteri Bangsa Johor dibangunkan pemikiran, bakat dan kemahirannya secara bersepadu.
  5. Kelestarian alam sekitar, pemeliharaan budaya dan agama.
  6. Kesejahteraan dan keselamatan insan.
Antara cabaran dalam merealisasikan misi ini adalah:
  1. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan yang mempunyai mandat yang besar dan kuat dari rakyat.
  2. Memerlukan kepimpinan yang teruji dan terbukti.
  3. Memerlukan sistem yang berteraskan prestasi dan kerja keras.
  4. Ia menuntut usaha kolektif dari semua pihak.

PELAN SUARA HATI JOHOR

Ia merupakan satu pelan pencapaian berlandaskan pemantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani fokus-fokus utama keperluan dan kehendak rakyat. Pelan ini mendukung 3 Gagasan Utama Pendtadbiran Kerajaan Negeri Johor iaitu Merakyatkan Kerajaan, Memperkasa Muafakat Johor dan Pembangunan Pro-Rakyat. Pelan ini adalah kesinambungan dari inisiatif rundingan rakyat Kajian Suara Hati Johor yang telah dijalankan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas permasalahan pembangunan rakyat di negeri Johor

7 FOKUS UTAMA:

  1. Meningkatkan Tahap Keselamatan
  2. Menyediakan Perumahan Mampu Milik
  3. Menangani Kos Sara Hidup Dan Kesejahteraan Rakyat
  4. Menyediakan Kemudahan Awam Dan Infrastruktur Yang Mencukupi
  5. Memartabatkan Agama Islam
  6. Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Yang Cekap
  7. Meningkatkan Tahap Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan

AGENDA KEPIMPINAN BERPRESTASI

Kepimpinan dan pentadbiran negeri Johor mesti mempunyai halatuju dan wawasan yang jelas. Segala halatuju dan wawasan ini mesti boleh dinilai dan diukur prestasinya. Bahawa Kerajaan mesti berorentasikan pencapaian terbaik.

PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK JOHOR

Pelan Pertumbuhan Strategik Johor ini diilhamkan atas dua kepercayaan iaitu pertama, pembangunan ekonomi Johor mesti didemokrasikan dan kedua, kerana pertumbuhan ekonomi Johor memerlukan naratif baharu.

WAWASAN

Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring. Ia merupakan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu, infrastruktur moden, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing, serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

TERAS STRATEGIK

  • Perkhidmatan Awam yang Responsif
  • Kesaksamaan & Mampan
  • Ekosistem Perniagaan yang Bertenaga & Berdaya Saing
  • Modal Insan yang Berkemahiran Tinggi
  • Infrastruktur & Teknologi Maju

STRATEGI PERTUMBUHAN DAERAH

Ia bertujuan mewujudkan pertumbuhan yang seimbang dan menyeluruh di seluruh negeri Johor. Daya saing setiap daerah akan dipertingkatkan mengikut kekuatan daerah masing-masing. Pendekatan sebegini membolehkan perancangan yang khusus demi memenuhi keperluan khusus untuk setiap daerah bertujuan mencipta dinamisme ekonomi, pertumbuhan mampan, kepelbagaian industri dan mempercepatkan transformasi ke arah menuju status negeri maju.

JOHOR BERKEMAJUAN

Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan sebagai instrumen mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Johor yang inklusif pada masa depan.

PENCAPAIAN UTAMA NEGERI JOHOR 2013 – 2018

“Johor bukan sekadar menjadi ekonomi termaju di selatan Malaysia, tetapi menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Johor Berkemajuan tidak akan terjelma tanpa visi dan pelan ekonomi yang radikal. Justeru, mangambil kira kedudukan strategik Johor, pembangunan pesat ekonominya, kecekapan prasarana serta pasaran buruh yang dinamik dan berkemahiran, Kuasa Ekonomi Selatan adalah sasaran dan cita-cita yang realistik.”

YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN | MENTERI BESAR JOHOR | 04 FEB destinasi pelaburan terbesar (sektor pembuatan)2016

pencapaian johor 2013-2018.jpg

JOHOR KUASA EKONOMI SELATAN

  • KDNK Johor kini melepasi RM100 Billion.
  • Johor destinasi pelaburan terbesar (sektor pembuatan)

PERUMAHAN JOHOR

  • 15,629 pemohon telah menerima tawaran RMMJ sejak 2013

TANAH RIZAB MELAYU

  • Meningkat kepada 30% daripada keluasan Johor

pencapaian-utama

JOHOR PRIHATIN

  • Bas Muafakat Johor telah memanfaatkan 4,503,150 penumpang.
  • Kedai Harga Patut Imcoop meringankan kos sara hidup

KEUSAHAWANAN JOHOR

  • Pembangunan Keusahawanan yang tersusun

JOHOR BERKEMAHIRAN

  • 180,000 Peluang Pekerjaan Kini Tersedia

JOHOR ISLAMI

  • 77 Buah SAKJ terbengkalai telah disiapkan

JOHOR CONNECTIVITY

  • Jalan kampung dinaik taraf

MANFAAT DIRASAI SETIAP PERINGKAT UMUR

manfaat-1

Dalam Dekad Baharu Johor ini, semua Bangsa Johor akan dapat menikmati manfaat mengikut peringkat umur. Korang boleh rujuk gambar di bawah manfaat mengikut peringkat umur.

manfaat dekad baharu johor.jpg

Manfaat peringkat bayi, pra-sekolah dan pelajar sekolah.

manfaat-2

Manfaat peringkat belia.

manfaat-3

Manfaat peringkat dewasa.

manfaat-4

Manfaat peringkat warga emas.

Untuk info lanjut korang boleh layari website Dekad Baharu Johor:

http://www.dekadbaharujohor.my/

#TeamJohor #DekadBaharuJohor

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!