Time To Say Goodbye!

22/11/2017

Cerita petang Sabtu yang mensyahdukan untuk The Ilhams. Ya Ilhams je Ummi relax je ekekeke. Dalam pukul 3.30 petang kami hantar Babah ke PTP untuk bergerak ke Changi Airport.

20171118_160243

Tak pernah berpisah lama-lama, ni first time. Nasiblah seminggu, kalau berbulan-bulan memang slim Ummi ehhhh. Dua tiga hari juga Ummi membelek baju nak bekalkan Babah ni.

20171118_154734

Budak-budak yang excited dapat datang ke office Ummi hahaha.

20171118_154906

20171118_155155

Masa ni masih menanti kawan-kawan Babah yang lain.

20171118_154930

Ummi bagi la korang peluang ke sana ke mari walaupun macam nak hijau muka tengok gelagat memasing hahaha.

20171118_155807

Masa ni adik senyum lagi hehe.

20171118_160051

Kawan-kawan PTP yang lain, dah get ready nak bertolak.

20171118_160505

Masa untuk Babah dan anak-anak. Babah tengah bagi pesanan untuk Abang Ilham. Lepas Babah pesan dia, dia pula pesan Ummi. “Babah tak ada, Ummi jangan marah Ilham dengan Syamil eh”

20171118_161502

Masa untuk Babah sampaika pesanan pada Syamil pula. Abaikan abang yang super excited tu. Siap nak berguling pula dia kat situ. Grrrrrrrr.

20171118_161515

Abang dah ada ciri-ciri kesedihan, tapi steady lagi.

20171118_161537

Bila kereta dah bergerak, adik pula muka sedih. Nak ikut Babah.

Drama baru 5 minit kena tinggal dengan Babah.. 😭😭😭😭😭 . #ilhamsyamil #ummibabahlittlecaliphs #parentingblogger #bloggermama #bloggerjohor #jdtblogger #herneenazirdotcom

A post shared by Hernee Nazir (@herneenazir) on

Masuk kereta je terus meraung. Bila Ummi kacau dia lagi bertambah meraung. Sabar ya dik, Babah pergi kejap je. Malam Ahad Babah balik la. Setakat ni, malam pertama dan kedua ok lagi. Dorang ingat Babah kerja dekat-dekat je. Malam semalam dan malam tadi dah start mencari Babah. Sedih sangat muka masing-masing nak suruh Babah balik.

Nak ambil abang balik sekolah pun Syamil kata, “Kita ambil Babah dulu la Ummi”. Ummi buat sambal kicap adik kata “Syamil tak nak makan.. Ummi makan je.. Babah suka ni Ummi”. Alahai rindu sangat Babah dia sampai tahap dia ingat Babah suka sambal kicap. Kahkahkah tergelak pula Ummi.

Malam tadi dia buat ayat sedih lag.. “Babah takde nak peluk Syamil.. tak pe lah Ummi ada”. Saja je adik ni bagi ayat sedih. Bila Ummi pujuk-pujuk, sudahnya dua-dua tertidur. Sabar tinggal 3 hari je lagi. Balik la Babah awak tu. Doakan je Babah selamat di mana pun dia berada.

Babai Babah!

Share this nice post:

2 Comments

  • Ana Suhana

    22/11/2017 at 3:02 pm

    Ala siannya. Rindu babah ye. Lagi berapa hari babah balik ye. Umi tak rindu babah ke? 🙂

    1. Hernee Nazir

      22/11/2017 at 3:06 pm

      kahkahkah..ummi rindu dalam diam..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: