Wednesday’s Lunch at Belanga Cafe

Geng Makan

Lunch hari ni dengan makcik-makcik ni lagi. Ummi malas nak jalan kaki ke Cengkih, Ummi kerah diorang datang Belanga. Tema minggu ni “kau dipaksa aku memaksa” hahaha.

Setelah migrain pilih nak makan apa, marilah kita bergambar. Sebelum suara Eqa memecah sepi bak halilintar memanah bumi.

Wak kang dua orang ni pun join. Sabar je lah Pak Nazame tu kena bahan dengan Eqa.

Makanan pertama sampai Nasi Goreng Pattaya, ownernya Yap Ah Loy.

Makanan kedua Mee Goreng Mamak, ownernya Eqa Gendeng. Sempat ngecek, sedap walaupun food presentation bersepai hahaha.

Makanan ketiga milik Noni, Soto kuah air mata hahaha.

Paling last sampai makanan Ummi, Fish & Chip. Ngengada nak western food konon. Kang lapar semula tanggung sendiri.

Pak Nazame makan nasi campur. Lauk dia berserabut nampak ada ayam kicap, pucuk manis dan telur.

Walaupun kos makan kat sini boleh tahan mahal, dek kerana malas nak keluar dan jalan kaki ke belakang kami redho je hahaha. Esok plannya nak makan nasi ayam di R&R Gelang Patah arah selatan. Haaa nama penuh ok. Siapa-siapa nak join esok tunggu jam 1pm kat sana ok. Sila belanja Ummi Ilhams ngeh3.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!