Kami percaya bahawa setiap ibu mempunyai cerita menyusukan anak / anak angkat / anak susuan yang tersendiri yang boleh diabadikan sehingga akhir hayat. Kongsikan bersama kami cerita yang paling menyentuh perasaan dan yang paling meninggalkan memori terdalam bagi diri anda!
Penyertaan adalah terbuka.
Semua cerita yang dikongsikan akan disiarkan dan dikompilasikan di dalam website ini.
Tulis cerita anda di Facebook masing-masing dengan status Public dan sertakan sekali hashtag : #mybreastfeedingjourney & #pertandingankongsiceritakspsijb
Tanpa 2 hashtag tersebut, pihak juri tidak dapat membaca coretan anda dan status pertandingan anda terbatal.
Anda juga dibenarkan menambah hashtag sendiri. Namun, diwajibkan menulis 2 hashtag tersebut.
Pertandingan berlangsung mulai 1 Ogos 2017 (jam 2 petang) hingga 7 Ogos 2017.
Tarikh tutup pada 7 Ogos 2017 sebelum jam 12 tengah malam.
Tiga (3) cerita yang paling menarik dan menyentuh perasaan akan berpeluang memenangi salah satu di antara 1 set kerongsang swarovski dan 2 breastpumps tajaan Jue Reen Swarovski & Feed By Ummi Najla.
Semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan.
Keputusan juri adalah muktamad.
Hadiah kepada para pemenang akan disampaikan dalam Majlis Tautan Mesra & Support Group Meeting 2.0 yang akan diadakan pada 19 Ogos 2017.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Khadijah Gani.
Credit info: Website Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB)
wahhh.. siap ada pertandingan lagi…
psssttt… terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.
http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html
Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari esok. Gud luck.
– Mia Liana
hehehe aah buat contest kak..