Aidlfitri 2017 – Beraya Rumah Mama Jijie

Hari Raya Aidilfitri

Ini konfem entri raya last. Serious last hehe. Harap bakal besan tak kecil hati ya ekeke. Singgah beraya rumah Mama Jie lepas balik dari Pasir Gudang malam Isnin lepas. Orang jemput lepas maghrib, kita sampai lepas Isyak ekeke. Almaklumlah anak-anak semua dah tumbang kepenatan. Tak sampai pula tak singgah rumah besan hehe.

20170723_214606-01

Banyak makanan besan kita masaka tau. Nasi ayam, mee hoon goreng tomyam. Budak berdua tu mula-mula memasing di alam fantasi. Sekali dah tersedar terus tak ingat nak makan. Ummi beriya ambil nasi ayam Ummi juga kena settlekan. Eceeeeh. Paling syok Ummi makan mee hoon goreng tomyam Mama Jie. Sedap. Meriah daging uols.

Ehhh, masa kami sampai tu geng-geng IT dah ada dah. Dorang dah sampai dulu hehe. Meriah la geng mak-mak sambil melayan kerenah anak-anak. Ada yang syok makan ada yang syok main (anak-anak Ummi le tu).

20170723_214803-01

Sebelum balik Ummi mesti nak bergambar dengan bakal menantu ekeke. Semoga Tiha sihat seperti sediakala eh. Sayang Tiha.

20170723_222407-01

Nak juga bergambar dengan Queen of The House hahaha. Siap ajak bergambar kat luar sebab segan dengan orang kat dalam ekeke. Thanks ya Jijie and Epy sudi jemput kitorang makan-makan kat rumah. Mudah-mudahan makin bertambah-tambah rezeki korang. Ada masa nanti kita outing sama-sama eh.

Okbai.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!