Lunch Date Kekonon Di Pizza Hut Taman Nusantara

Rambling

Hahaha. Muntah hijau. Kekonon lunch date Ummi Babah. Padahal lunch hour tadi berdezup ke Maybank nak buat kad bank baru. Tapi malangnya pak guard kata nombor giliran dah habis sila datang esok pagi. Aiyoooyoooo pakcik. Pak guard tu suggest buat online atau pergi ke City Square buat kad guna machine. Ok akan dipertimbangkan. Dah la syok berbual sampai terpanggil pakcik tu Capt (read: Captain aka encik boss saya) hahaha. Lepas kecewa di Maybank terus Babah ajak makan. Pergi boat noodle dah sepenuh manusia. Teruslah kami ke Pizza Hut.

20170726_133309-01.jpeg

Ms. Renee pun boleh la dik. Akak dah lapar ni. Selalunya Dila je the one and only yang panggil akak Kak Renee. Nampak sangat Dila rindu akak suruh budak pizza ni sampaikan melalui screen hahaha.

20170726_132759-01.jpeg

Beli WOW Combo 2. Ada 1 regular pizza, 2 mushroom soup.

20170726_133812-01

Add on chicken bolognaise spaghetti dan 2 pcs smoked deli wings dan 2 tin ice lemon tea. Makanlah berjemaah berdua sampai kenyang hehehe. Muka orang yang makan tak payah la snap. Tak semenggah no rupanya hehehe.

Keranamu kad yang hilang, kan dah aku termakan pizza tengahari rabu yang cuacanya suam-suam kuku ni hehehe.

Related Posts

2 thoughts on “Lunch Date Kekonon Di Pizza Hut Taman Nusantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!