Bengkel Bersama NGO dan Perkumpulan Anak Muda Bagi Penganjuran Ekspo Johor 2017

                  Pihak Kerajaan Johor akan menganjurkan Ekspo Johor 2017 bagi menghebahkan dan memberi pendedahan kepada rakyat berkenaan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan serta pencapaian-pencapaian terdahulu.

Ekspo tersebut akan dianjurkan dari 29 September 2017 hingga 8 Oktober 2017 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Dataran Mahkota, Kota Iskandar.

Satu sesi Bengkel Bersama NGO dan Perkumpulan Anak Muda akan diadakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) bagi mendapatkan input dan melaksanakan Ekspo Johor 2017 yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh   : 30 Julai 2017
Masa     : 2.00 petang – 7.00 malam
Tempat : Dewan Utama,
                 Kompleks Warisan
                 Sultan Abu Bakar,
                 Yayasan Warisan Johor,
                 Johor Bahru, Johor

Peserta bengkel akan dibahagikan kepada lina kluster iaitu:
1) Terbuka
2) Rekreasi
3) Seni dan Budaya
4) Permotoran
5) Kemasyarakatan

Wakil NGO atau perkumpulan anak muda yang berminat menyertai bengkel ini bolehlah menghubungi Saudari Haziqah di talian 012-7500196 untuk maklumat lanjut.

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

2 Comments

    • Hernee Nazir

      tu lah..bagi peluang budak2 muda berbakti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *