Special Thanks To Mak Jemah’s Kitchen – By Nanie’s Kitchen – Teeny Tiny Kitchen

20/07/2017

Full story insha Allah esok keluar (kalau Ummi tak tertidur awal malam ni). Kita bagi special entry untuk bakers yang terlibat yang sanggup menerima tempahan last minutes dari Ummi Ilhams. Ni semua gara-gara birthday boy yang request Ummi Babah buat majlis birthday dia hahaha.

Ok, special thanks goes to three talented bakers..

1) BY NANIE’S KITCHEN

Untuk kek yang cun melecun sampai Ummi yang sayang nak potong. Setiap tahun Ibu Ammar setia dan sanggup melayan permintaan Ilham dengan kek yang pelbagai karakter. Mula-mula kek Pocoyo, lepas tu kek Ninja Turtle dan tahun ni dia request nak kek Lego Star Wars. Gigih Ummi menggoogle contoh-contoh kek untuk rujukan Ibu Ammar. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Birthday boy suka sesangat, takut lego dia tu kena ambil dengan orang lain. Korang kalau nak beli kek buatan Muslim boleh order dengan Ibu Ammar ya. Thanks Nanie!

Contact – Puan Nanie (By Nanie’s Kitchen)
017-734 5023

2. MAK JEMAH’S KITCHEN

Thanks Mak Jemah sudi terima order kami. Rasa nak order roti jala yang sedap ni sebab masa open house rumah Mommy Ngah dia order dari Mak Jemah juga. Mula-mula order 100 keping je. Sekali Babah kata tambah la lagi 50 keping. Kalau Ummi tahu order lagi 50 keping cukupkan 200 keping baru puas makan hehehe. Sorry la ya para tetamu kalau tak cukup makannya. Ummi siap order dengan kuah karinya sekali sebab takut tak sempat nak masak sendiri hehe. Alasan! Serious memang recommended untuk korang yang nak buat majlis area Mutiara Rini, Skudai dan sekitarnya boleh je order dengan Mak Jemah. Sebenarnya Mak Jemah ni sepupu Tok Ayah hehehe.

Brownies yang sedap ni pun order dari Mak Jemah. Ehhhh sedap gilalah serious antara brownies yang sedap Ummi pernah jumpa. Teksturnya lembap dan tak terlalu manis. Mak Jemah pun menerima tempahan kek beraneka jenis tau. Boleh cuba risik dan cuba air tangan Mak Jemah ya.

Contact – Mak Jemah (Mak Jemah’s Kitchen)
017-783 3826

3. TEENY TINY KITCHEN

Tengok gambar terus terbayang-bayang cream puff yang gebu ni masuk dalam mulut aduhaiii sedapnya. Mula-mula nak order kuih Nona Manis. Tapi memandangkan Ikien pun ada tempahan cream puff maka Ummi selit la order cream puff 60 pcs. Kata Ikien, ini bukan selit order dah ni ekekeke. Thanks Kin sudi ambil order walaupun Ikien busy dengan anak-anak yang tak sihat. Teeny Tiny Kitchen pun ada beraneka kek, kuih muih yang boleh korang tempah ya. Orang sekitar Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah memang dah biasalah jadi pelanggan Teeny Tiny Kitchen ni hehe.

Contact – Puan Ikien (Teeny Tiny Kitchen)
012-726 6760

Thanks ya korang. Jasamu dikenang. Insha Allah tak serik nak order lagi. Makanan sedap-sedap belaka. Semoga bisnes korang semua semakin maju dan dikurniakan rezeki yang halal dan berkat. Korang yang nak mencuba air tangan tiga orang bakers hebat ni boleh contact diorang ya. Recommended!

Share this nice post:

1 Comments

  • Ilham's 6th Birthday – herneenazir.com

    28/07/2017 at 2:00 pm

    […] Bukan majlis apa pun, bukan juga open house. Kebetulan kawan-kawan U Ummi nak datang beraya Sabtu tu, jadi nak meramaikan lagi Ummi ajak kawan-kawan office dan kawan-kawan Ilham yang terdekat. Sorry kalau jiran-jiran yang nampak rumah meriah tapi tak dapat jemputan tu ya. Memang bidan terjun je ni, makanan order je kecuali mee goreng Ummi goreng sendiri. Boleh baca entri ni. […]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: