Fakta Ringkas Lagu Bangsa Johor

Info Sharing

Fakta Ringkas Lagu Bangsa Johor | Jom kita baca informasi berkenaan lagu kebanggaan rakyat di negeri Johor.

Credit info to : https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/

Fakta Lagu Bangsa Johor 1

KESULTANAN JOHOR: FAKTA RINGKAS LAGU BANGSA JOHOR

Lagu kebesaran negeri Johor Darul Ta’zim ini diilhamkan dan diadaptasi dari irama muzik Melayu, Dondang Sayang.

Muziknya digubah oleh konduktor Johor Military Forces (JMF) dari Armenia, Marketich Galistan (juga digelar MG Abdullah) pada tahun 1879.

Gubahan Muzik Oleh Johor Military Forces (JMF)

Fakta Lagu Bangsa Johor 2

Hubert Allen Courtney, seorang agen bank HSBC, Johor Bahru mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris.

Lirik lagu Bangsa Johor kemudian diterjemahkan oleh Kapten Hj. Mohamed Said Suleiman dari JMF dalam Bahasa Melayu.

Ia menjadi lagu kebesaran negeri selepas mendapat perkenan daripada Sultan Sir Ibrahim (1895-1959) pada tahun 1915.

Edisi pertama lagu Bangsa Johor dicetak di London pada tahun 1916 dan kali terakhir dikemaskini pada tahun 1959.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Fakta Ringkas Lagu Bangsa Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!