Aidilfitri 2017 – Beraya Batu Pahat (Rumah Kak Ani)

07/07/2017

Malam raya ke 3 kami beraya ke rumah Kak Ani, kawan lama Babah masa kerja di Sharp, Batu Pahat. Ummi ok jek, selagi larat pulun je beraya hehehe. First time jumpa Kak Ani, Babah pun dah lama gila tak jumpa. Sejak berhenti kerja dari Sharp dan berhijrah ke PTP memang tak jumpa dah kawan-kawan Sharp. Kak Ani siap menjamu nasi lagi hehe. Sedap lauk daging Kak Ani masak. Rasa macam masak ungkep kot hehe. Syamil sampai-sampai tidur, bila nak makan eh terjaga pulak. Abang Ilham dah kepenatan jadi dia tak nak ikut beraya walaupun dah siap pakai baju raya. Dia kata nak tinggal dengan Atok Tipah. Rupanya excited nak main bunga api dengan Mak Long hahaha.

Thanks Kak Ani dan suami sudi melayan tetamu. Dapat kerepek ubi dan kuih raya sebalang lagi. Kak Ani jual kuih raya rupanya. Thanks bebanyak. Sebelum sampai rumah Kak Ani kami dah tersesat terlajak rumah hahaha. Sekali google map bagi location kat masjid daaaaa. Nasib bukan tempat-tempat menyeramkan hahaha. Insha Allah panjang umur kita jumpa lagi ya kak.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: