Checklist Raya 2017

Ini checklist untuk kami sekeluarga walaupun hanya sebuah keluarga kecil hehe. Senang nak monitor apa yang dah settle apa yang belum.

zakat fitrah

1. ZAKAT FITRAH – Sebelum Ramadhan berakhir jangan lupa jalankan kewajiban kita dengan membayar zakat fitrah ya kawan-kawan. Alhamdulillah Babah dah settled semua.

P_20170618_224349

2. BAJU RAYA – Baju raya jangan dilupakan. Sunnah memakai pakaian yang baru, tapi ukur baju di badan sendiri lah ya. Beli ikut kemampuan bukan untuk berlawan. Kalau memang tak ada bajet, pakai je baju tahun lepas tak ada sesiapa marah hehe. Kami pun beli yang termampu je. Persediaannya sama macam tahun sudah.

P_20170619_100411

3. KUIH RAYA – Ummi terlebih rajin, semua kuih tunjuk. Impian nak buat cornflakes madu rasanya dari tahun lepas tak berjaya. Cornflakes kemana, madu kemana hahaha. Kuih pun kebiasaannya tak banyak mana. Dalam 5 – 6 jenis je. Setakat ni dah ada 5 jenis kuih raya, maybe top up kerepek je nanti di Salleh Food, Senggarang.

4. DUIT RAYA – Duit raya jangan lupa tukar tau. Alhamdulillah kami dah selamat tukar kirim dengan Nenek kat bank. Insha Allah kalau ada rezeki anak-anak uolls ada la sikit duit raya dari Babah dan Ummi Ilhams.

5. KEMAS RUMAH – Masih dalam proses mengemas lagi. Maklumlah, Ummi Babah mengemas ada je tukang kemas sekali lagi haha. Ada projek deko bajet sikit dengan Babah ni. Nanti dah siap boleh share hehe.
menu hari raya

6. MENU RAYA – Menu raya dah plan nak masak menu yang biasa-biasa je macam tahun-tahun sudah apa yang arwah mak dah ajarkan. Ketupat segera (sebab tak pandai buat ketupat), ayam masak merah, rendang daging, lodeh, sambal kacang. Ohh, raya pertama di rumah sendiri sebab tahun ni turn Ummi yeay..hehehe. Haruslah bertungkus lumus masak sesorang. Kalau arwah mak ada dulu memang tak sah kalau tak ada asam pedas atau asam rebus ikan parang makan dengan burasak makanan tradisi orang Bugis. Eh gambar atas tu recycle punya gambar menu raya hehehe.

7. BALIK KAMPUNG – Turn raya tahun ni turn Ummi jadi hari raya pertama kami beraya di Desa Paya Mengkuang dulu. Hari raya kedua baru kami balik ke Parit Jabar, Senggarang Batu Pahat. Tak jauh mana pun sejam lebih je perjalanan. Sempatlah Ummi tidur kejap ekeke.

8. LAIN-LAIN – Pastikan kereta dah siap di service bagi mengelakkan masalah yang timbul sepanjang Hari Raya kerana banyak bengkel motor/ kereta yang ditutup sepanjang raya. Yang melalui tol-tol, jangan lupa sesiap top up korang punya Touch ‘N Go tau. Kami balik Senggarang melalui jalan Pontian-Batu Pahat so tak ada tol-tol bagai hehehe. Kalau beraya ke Muar pun tak lalu tol-tol.

Itu saja setakat ni. Kalau ada lagi yang perlu di tambah Ummi akan tambah nanti. Korang dah siap nak balik kampung ke?

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!